Tuesday, 17 April 2018

Persediaan berpuasa bagi ibu menyusu

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Persediaan berpuasa bagi ibu menyusu | Mangga Strawberi

Sedar tak sedar tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi kita akan mula berpuasa Ramadhan. Bagaimana persediaan berpuasa Ramadhan semua? Sudah menggantikan puasa tahun yang lalu? Bagi ibu menyusu, sudah bersediakah untuk menghadapi puasa Ramadhan? Ada dikalangan ibu menyusu berasa gusar untuk menghadapi puasa Ramadhan kerana bimbang tidak dapat melaksanakannya dan juga bimbang penghasilan susu badan merundum.

MS sendiri pernah melalui tempoh penyusuan dalam bulan Ramadhan sewaktu masih bekerja suatu masa dahulu. Memang terasa mencabar dengan rasa lapar dan dahaga. Ada ketika MS terasa juga ingin berbuka puasa. Tapi bila mengenangkan mereka yang lagi susah daripada MS membuatkan MS membatalkan hasrat untuk berbuka puasa.

Ada terdapat pelbagai cara dan petua persediaan berpuasa Ramadhan terutama bagi ibu menyusu. Antara yang diamalkan oleh MS ialah :

Banyakkan Minum Air

Banyakkan minum air sewaktu bersahur dan berbuka puasa untuk mengembalikan air dalam badan yang hilang di siang hari. Kekurangan air dalam badan memang mempengaruhi penghasilan susu badan.

Makan Kurma

Kurma dikatakan mampu memberikan tenaga segera dan juga berpanjangan kepada mereka yang memakannya. Tambahan pula, kurma merupakan makanan sunnah yang sangat-sangat dianjurkan pengambilannya sewaktu bersahur dan berbuka puasa.

Buat stok susu ibu

Sementara masih ada masa berbaki lebih kurang sebulan ini, cuba buat stok susu ibu untuk bayi sebanyak yang mungkin untuk menghadapi puasa Ramadhan kerana dibimbangi stok susu akan berkurang. MS sendiri suka buat stok yang banyak untuk mengelakkan stok kurang di masa akan datang sebab kita sendiri tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku di masa akan datang.

Makan makanan yang berkhasiat

Makan makanan yang berkhasiat terutama pada waktu bersahur untuk memastikan tenaga yang berpanjangan sepanjang berpuasa di siang hari. Selain makan kurma, MS sendiri akan mengambil nasi dan lauk pauk dalam kuantiti yang sihat untuk memastikan MS kekal bertenaga dan cergas sehingga waktu berbuka puasa.

Berdoa memohon pertolongan Allah

Selain usaha kita, jangan sesekali lupa untuk berdoa memohon pertolongan Allah kerana doa itu senjata orang mukmin. Tanpa pertolongan Allah, sekuat mana jua kita usaha, ianya tidak akan menjadi dan berjaya. Berdoa kepada Allah semoga dimurahkan rezeki susu badan kita buat anak kita dan juga semoga urusan kita dipermudahkan sepanjang penyusuan susu badan kita.

Pastikan milk booster

Setiap badan berbeza milk booster nya. Pastikan makanan yang menjadi milk booster buat anda dalam menghadapi kerunduman susu badan yang bakal berlaku sewaktu berpuasa Ramadhan. Bagi diri MS sendiri, MS kenalpasti ESP merupakan milk booster badan MS sebab MS pernah buat ujian pada badan MS sendiri sewaktu MS mengambil ESP dan sekiranya MS tidak mengambil ESP. Memang berbeza. 

Persediaan berpuasa bagi ibu menyusu | Mangga Strawberi

Sewaktu MS mengambil ESP, terasa badan bertenaga dan susu badan MS memang meriah. Kadang sekiranya MS terlewat sedikit untuk mengepam sewaktu bekerja dahulu, mulalah terasa ianya mula berketul dan berdenyut. Berbeza sewaktu MS tidak mengambil ESP, terasa badan mudah terasa penat dan susu badan MS kurang meriah. Kadangkala rasa tidak sabar untuk berbuka puasa. 

Sepanjang April 2018 ini, Shaklee menawarkan harga promosi ESP yang sangat berbaloi untuk dimiliki. Jom bersedia untuk berpuasa Ramadhan dengan harga promosi ESP ini. Promosi terhad sehingga hujung bulan April 2018 dan sehingga stok masih ada. Whatsapp MS di 011 1162 8521 atau di klik link ini http://www.wasap.my/601111628521/

Persediaan berpuasa bagi ibu menyusu | Mangga Strawberi



Lot's of love,
Continue Reading

Wednesday, 4 April 2018

Mitos Kacang Soya

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Mitos Kacang Soya | Mangga Strawberi

Rasa macam CT nak bercerita cerita legenda dahulu kala pula bila CT nak cerita Mitos Kacang Soya ni. Jangan tak tahu, kacang soya pun ada mitosnya tersendiri yang mungkin ada diantara kita yang tidak tahu, mahupun tidak peduli. Kita perlu ambil tahu tentang mitos kacang soya ni sebab ada beberapa fakta yang mungkin telah menjadi salah faham di dalam diri kita selama ini. 

Tidak dinafikan, kacang soya banyak digunakan dalam bentuk susu, kicap, tauhu, tempe dan sebagainya disebabkan kandungan protein yang berkualiti tinggi serta vitamin, mineral dan serat yang terkandung di dalamnya. Soya juga dikatakan sumber protein yang lengkap kerana mengandungi semua asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Soya juga mengandungi asid lemak omega 3 dan omega 6 serta soya tidak mengandungi kolesterol dan mengandungi sangat sedikit kandungan lemak tepu berbanding daging. Soya dikatakan dapat membantu mengurangkan penyakit jantung koronari, osteoporosis dan juga beberapa jenis kanser, dan terdapat beberapa bukti klinikal menyokong kenyataan ini.

Mitos 1 : Semua produk kacang soya adalah terhasil daripada organisma yang telah diubahsuai secara genetik (GMO, Genetically Modified Organisms)

Tidak dinafikan ada kacang soya yang terhasil daripada GMO yang bertujuan untuk menjadikan pokok kacang soya lebih kebal terhadap racun serangga dan racun rumpai, namun masih terdapat kacang soya yang tidak melalui proses GMO. Ini dapat dilihat pada label produk atau makanan tersebut samada ianya 'Organik' ataupun 'made from non-GMO soybean (diperbuat daripada kacang soya non-GMO)'.

Perbezaan GMO dan non-GMO.

Mitos 2 : Kacang soya meningkatkan risiko barah payudara

Mungkin kenyataan ini agak menakutkan bagi orang perempuan tapi nanti dulu, baca selanjutnya dahulu.

Kacang soya mahupun produk makanan berasaskan soya kaya dengan fitoestrogen iaitu bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri hormon estrogen tetapi diambil daripada tumbuhan. Disebabkan keistimewaan fitoestrogen, para saintis telah manfaat mahupun mudarat kepada manusia termasuklah daripada sudut pencegahan penyakit dan juga kesan terhadap penyakit lain. 

Mengenai manfaat pengambilan fitoestrogen oleh orang yang normal, kajian menunjukkan terdapat kemungkinan pengambilan kacang soya mengurangkan risiko kanser prostat dan perut (bukti tidak cukup kuat). Kadar kematian akibat kanser prostat dan kanser payudara di kalangan orang Asia didapati lebih rendah, berkemungkinan pengambilan produk soya adalah tinggi. Walaubagaimanapun, disebabkan bukti yang tidak cukup kuat, pertubuhan kanser dunia tidak mengesyorkan pengambilan supplemen yang mengandungi protein soya yang telah diasingkan dan kapsul isoflavone untuk lelaki dan wanita yang sihat untuk mencegah kanser.
Mengenai pengambilan fitoestrogen oleh orang yang menghidap kanser, kajian banyak dilakukan terhadap penghidap kanser payudara dan didapati keputusan adalah bercanggah. Namun ada kajian menunjukkan tiada kesan negatif terhadap pesakit kanser payudara apabila diambil dalam kadar sederhana. 
Jadi, dapatlah dikatakan pengambilan makanan berasaskan soya dan lain-lain sumber fitoestrogen dalam keadaan semulajadi tidak memudaratkan, malah memberikan manfaat kesihatan selagimana ianya diambil dalam kuantiti sederhana dan yang disyorkan. 
Sebenarnya, fitoestrogen boleh ditemui di dalam tumbuhan dan makan yang lain, tidak terhad hanya terdapat di dalam kacang soya sahaja. Para saintis mendapati terdapat banyak jenis fitoestrogen dan setiap satunya mempunyai ciri-ciri yang berbeza serta ada kalanya bertentangan di antara satu sama lain mengikut keadaan. Misalnya fitoestrogen berkemungkinan dapat mengurangkan risiko kanser prostat dan usus, mengurangkan gejala menopaus, mengurangkan risiko penyakit osteoporosis dan ada yang mendakwa boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
Kandungan fitoestrogen di dalam beberapa jenis makanan :
Mitos Kacang Soya | Mangga Strawberi

Mitos 3 : Kandungan fitoestrogen di dalam kacang soya merencat fungsi kelenjar tiroid

Kalenjar tiroid adalah kalenjar yang terletak di bahagian bawah leher dan menghasilkan hormon tiroksin yang penting di dalam metabolisma darah. Hormon tiroksin sintetik diambil oleh individu yang mengalami masalah hormon tiroksin yang rendah yang dikenali sebagai hypotiroidisma. 

Terdapat dakwaan yang mengatakan kacang soya menggangu fungsi kalenjar tiroid dan merencat penyerapan hormon tiroid sintetik. Walaupun tiada kajian besar yang berwibawa dilakukan untuk menyangkal dakwaan ini, didapati hanya peratusan kecil pesakit yang mengalami gejala klinikal hypotiroid apabila mengambil produk makanan mengandungi soya. 

Sebenarnya tiada halangan untuk pesakit hypotiroid untuk mengambil makanan berasaskan soya, asalkan mereka mengambil ubat tiroksin dan iodin yang mencukupi dan tetap serta disyorkan untuk menunggu selama 4 jam selepas mengambil ubat tiroksin sebelum mengambil makanan tersebut. Bagi individu normal, kacang soya tidak mengganggu fungsi kalenjar tiroid.
Mitos 4 : Soya boleh menyebabkan lelaki memiliki ciri-ciri keperempuanan

Walaupun kacang soya mengandungi fitoestrogen, ini tidaklah bermakna seorang lelaki itu memiliki ciri-ciri keperempuanan seperti memiliki buah dada yang besar, suara bertukar menjadi lembut dan sebagainya kerana kandungannya rendah serta tindak balasnya jauh lebih rendah daripada tindak balas estrogen yang dihasilkan oleh tubuh manusia. Kesan gangguan hormon ini mungkin dapat dikesan jika soya mahupun supplemen fitoestrogen diambil secara berlebihan seperti meminum sehingga 3 liter air soya, walaupun ianya pernah dilaporkan namun kesannya akan hilang apabila individu tersebut berhenti mengambil air soya.
Sebenarnya, di dalam diri seorang lelaki yang normal memang terdapat hormon estrogen, iaitu apabila hormon lelaki, hormon testosterone dapat ditukarkan kepada hormon estrogen di tisu lemak. Tidak ada bukti pengambilan produk kacang soya secara sederhana menggangu peredaran hormon di dalam badan seorang lelaki, malah terdapat bukti yang menunjukkan pengambilan produk kacang soya secara sederhana dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan orang lelaki.
Mitos 5 : Susu formula berasaskan soya mengganggu pertumbuhan dan perkembangan reproduktif kanak-kanak

Di pasaran, terdapat susu formula yang berasaskan soya isoflavone yang mengandungi fitoestrogen yang seringkali diberikan kepada kanak-kanak yang mengalami alahan terhadap susu lembu. Terdapat kebimbangan bahawa fitoestrogen mengganggu pertumbuhan kanak-kanak dan perkembangan reproduktif kanak-kanak serta imuniti kanak-kanak. Setakat ini kebimbangan ini tidak berasas dan hanya berdasarkan teori semata-mata. Terdapat kajian yang disiarkan di Jurnal Pediatrics yang membandingkan perkembangan bayi yang diberikan susu formula berasaskan soya, berasaskan susu lembu dan susu ibu, mendapati tiada gangguan terhadap pertumbuhan bayi-bayi ini sehingga berumur satu tahun. Kajian terhadap wanita dan lelaki yang berumur 20 hingga 34 tahun yang pernah diberikan susu formula berasaskan soya mahupun berasaskan susu lembu mendapati tiada perbezaan daripada segi ketinggian, berat badan, usia akil baligh, kesihatan mahupun kesukaran untuk hamil.
Keseluruhannya, pengambulan makanan yang berasaskan soya secara sederhana tidak memberikan kemudaratan malahan terdapat bukti ianya dapat mengurangkan risiko kanser, mengurangkan gejala menopaus serta membaiki sistem salur darah wanita yang menopaus. Tiada bukti pengambilan produk makanan soya oleh individu normal mengganggu hormon lelaki, hormon estrogan, mengganggu fungsi tiroid dan menyebabkan terjadinya kanser. Pengambilan susu formula yang berasaskan soya oleh bayi dan kanak-kanak juga tidak menunjukkan kesan negatif kepada pertumbuhan fizikal serta fungsi reproduktif bayi dan kanak-kanak. 
Walau apa jua makanan yang diambil, seeloknya ianya diambil dalam keadaan sederhana dan sepertimana yang disyorkan kerana apa makanan sekalipun, jika ianya diambil secara berlebihan, memberikan kesan buruk kepada tubuh badan manusia itu sendiri. 

Rujukan :
1. http://www.todaysdietitian.com/newarchives/040114p52.shtml
2. https://dribnusina.blogspot.my/2017/02/kacang-soya-mudarat-atau-manfaat.html


Lot's of love,
www.manggastrawberi.blogspot.com

Continue Reading

Beza GMO dan non-GMO

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Foto kredit : Google

GMO dan non-GMO, apa itu? Istilah apa pula kali ini? Jangan pening dan jangan susah hati. Kalau perasan, selalunya istilah GMO dan non-GMO ini digunakan dalam produk makanan dan kesihatan. Sebelum itu, mari CT terangkan tentang GMO terlebih dahulu supaya pemahaman kita selepas ini lebih jelas.

Apa itu GMO?

GMO bermaksud Genetically Modified Organisms (Organisma yang diubahsuai secara genetik) iaitu organisma hidup yang telah dimanipulasikan secara buatan di dalam makmal melalui kejuruteraan genetik. Ianya mewujudkan kombinasi gen haiwan, tumbuhan, bakteria dan virus yang tidak berlaku secara semulajadi. 

Kebanyakan produk GMO dicipta untuk menghalang kesan penggunaan secara langsung racun rumpai dan juga racun serangga. Walaubagaimanapun, teknologi terbaru digunakan sekarang untuk membina sifat lain di dalam tumbuhan seperti mengurangkan kesan buah epal menjadi coklat, dan juga mencipta organisma baru menggunakan kaedah biologi sintetik. Walaubagaimanapun, tiada bukti bagi mana-mana produk GMO yang sedang berada di pasaran sekarang menawarkan peningkatan penghasilan, peningkatan nutrisi mahupun apa-apa kesan kebaikan kepada pengguna.
Non-GMO pula ialah Non-Genetically Modified Organisms (organisma yang tidak diubahsuai secara genetik).

Berdasarkan kepada industri GMO, terdapat banyak kebaikan, antaranya :
  • Mengurangkan penggunaan racun rumpai
  • Mengurangkan penggunaan racun serangga
  • Mengurangkan perlepasan gas rumah hijau sebab GMO kurang penggunaan membajak, jadi kurang menggunakan bahan api fosil
  • Kemampuan memanipulasi makanan untuk meningkatkan komponen yang diperlukan tertentu seperti nutrien
  • Meningkatkan produksi makanan untuk mereka yang mengalami kelaparan di negara dunia ketiga
Namun, GMO tetap mempunyai keburukan serta memberi kesan kepada manusia terutamanya, seperti :
  • Boleh mencetuskan reaksi alergik
  • Berkemungkinan boleh menyebabkan terjadinya penyakit baru yang dikhuatiri imun terhadap antibiotik
  • Menyebabkan masalah kandungan nutrisi dalam makanan
  • Berkemungkinan ianya toksik dan beracun kepada manusia
  • Cara produk bahan mentah makanan dicipta dibimbangi mengganggu DNA tumbuhan tersebut sehingga memberikan potensi yang berbahaya kepada manusia
  • Sekiranya ianya terlepas ke alam semulajadi, ianya tidak dapat ditarik atau diubahsuai semula
Produk GMO sebenarnya berbahaya dan tidak selamat kepada manusia sehinggakan ada lebih 60 buah negara di dunia termasuklah Australia, Jepun dan negara-negara dalam Kesatuan Eropah membuat sekatan kepada pengeluaran dan penjualan produk GMO.


Lot's of love,

Continue Reading

Monday, 2 April 2018

YOUTH mengembalikan keremajaan kulit wajah

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Perasankan anda yang ramai pihak mengatakan tentang YOUTH dan tahukan anda apakah itu YOUTH? Benarkah YOUTH dapat mengembalikan keremajaan kulit wajah?

YOUTH merupakan hasil penolakan dan penambahbaikan oleh saintis selama 8 tahun. Bukan satu jangka masa yang sekejap tu. Kalau ada anak, sudah berumur 8 tahun, bersamaan dengan murid Darjah Dua. Ini disebabkan CEO Shaklee, Roger Barnett mahukan set penjagaan kulit yang berasaskan tumbuh-tumbuhan, bebas daripada bahan kimia yang berbahaya dan juga tidak diuji pada kulit haiwan. Sesuatu yang agak susah untuk dihasilkan sebab kebanyakan produk kecantikan diuji keatas haiwan sebelum dipasarkan.

YOUTH terdiri daripada :
  • Luminous Gel Oil Cleanser
  • Perfecting Skin Toner
  • YOUTH Activating Serum
  • Age Defense Mineral Moisturizer SPF 50
  • Advance Renewal Night Cream
  • Radiance C + E
 
Sebelum dipasarkan, YOUTH telah diuji keatas 100 orang wanita Asia dan Caucasian (orang kulit putih) meliputi setiap 20 orang untuk setiap kategori umur 20an, 30an, 40an, 50an dan 60an. Ujian meliputi masalah kulit seperti kedutan, saiz pori, tona kulit, ketegangan kulit, pegmentasi atau jeragat dan pelbagai masalah kulit yang lain. Hasil ujian mendapati 100% sample yang diuji terbukti secara klinikal memiliki kulit yang kelihatan lebih muda, manakala 2/3 daripada keseluruhan sample mengalami perubahan kulit 10 tahun lebih muda daripada usia sebenar.



Jom kita tengok antara testimoni hasil penggunaan YOUTH :


Sememangnya YOUTH amat sesuai dengan semua peringkat umur dan juga semua jenis kulit wajah. Sebab itu produk YOUTH sangat laris menjadi pilihan ramai wanita di luar sana.

Pembelian YOUTH daripada saya akan memperoleh harga pos PERCUMA dan juga khidmat konsultasi secara PERCUMA seumur hidup.

Untuk mendapatkan YOUTH, boleh whatsapp CT di 011 1162 8521 atau klik link ini → http://www.wasap.my/601111628521/

HARAP MAAF! DISEBABKAN PERMINTAAN YOUTH YANG TERLALU TINGGI, STOK YOUTH TELAH HABIS. SAYA AKAN UPDATE STOK YOUTH APABILA TELAH ADA SEMULA DI PASARAN. KESULITAN AMAT DIKESALI. SAYA MOHON MAAF SEKALI LAGI.


Lot's of love,
Continue Reading

Pengenalan Kacang Soya

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Pengenalan Kacang Soya | Mangga Strawberi

Kacang soya, siapa tak kenal? Rasanya semua kenal kacang soya. Tapi selalunya kita kenal air kacang soya, berbanding kacang soya mahupun pokok kacang soya itu sendiri. Betul tak? Sebab CT sendiri pun tak berapa kenal kacang soya dan juga pokok kacang soya. Hihi. Air kacang soya yang berwarna putih susu banyak dijual di kedai-kedai, baik kedai runcit mahupun pasaraya besar. Air kacang soya lebih sedap diminum dingin. Erm, rasa teringin pula air kacang soya. Hihi
Ok, jom join CT cerita sikit berkaitan kacang soya ni.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kacang_soya
Foto kredit : wikipedia

Kacang soya sebenarnya berasal daripada Asia Timur tetapi pada masa sekarang, pengeluar utama adalah Amerika Syarikat iaitu sebanyak 55 peratus. Pokok kacang soya adalah tegak merimbun dan boleh mencapai tinggi sehingga 70 sentimeter. Pokok kacang soya yang matang akan mengeluarkan bunga berbentuk rama-rama yang berwarna ungu dan keluar di bawah ketiak daun antara 31 hingga 40 hari selepas ditanam. Penanaman kacang soya dikatakan mampu mengembalikan nitrogen dan mineral lain pada tanah.

Kacang soya dianggap sumber protein lengkap kerana mengandungi sejumlah besar asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia disebabkan ketidakupayaan tubuh manusia untuk menghasilkannya. Kacang soya boleh diproses dan menghasilkan pelbagai produk, antaranya tepung soya, tempe, soya lecithin, minyak sayuran, tauhu, dan pelbagai lagi. Kacang soya juga merupakan bahan utama dalam penghasilan kicap. Kacang soya juga dijadikan makanan haiwan bagi sesetengah negara seperti Amerika Syarikat. Selain itu, kacang soya juga digunakan dalam menghasilkan produk kosmetik, sabun dan produk pengilangan yang lain.

Disebabkan permintaan yang tinggi terhadap kacang soya, 80% daripada kacang soya yang ditanam untuk tujuan perdagangan telah diubahsuai secara genetik, GMO. Apabila permintaan produk kacang soya seperti tauhu dan air kacang soya meningkat, produk pengeluaran akan beralih daripada syarikat bukan GMO ataupun organik kepada syarikat besar yang membeli daripada pembekal makanan umum, menyebabkan harga kacang soya jatuh berbanding harga makanan lain seperti daging dan susu.

Terdapat beberapa kebimbangan dan juga kesan penggunaan produk yang berasaskan GMO, iaitu produk yang telah diubahsuai secara genetik ini. Entri seterusnya, CT akan ceritakan tentang GMO ini. Nantikan entri seterusnya ya. 


Lot's of love,
www.manggastrawberi.blogspot.com

Continue Reading

Friday, 30 March 2018

Surirumah juga perlu cantik

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Apabila menjadi surirumah, sebenarnya bukan alasan untuk tidak menjaga kecantikan. Surirumah juga perlu cantik supaya suami dan anak-anak lebih seronok tinggal di rumah dan sejuk hati melihat isteri dan ibu mereka. Tambahan pula, jerawat dan jeragat tidak mengenal sesiapa, samada remaja, surirumah atau mereka yang bekerjaya. Kalau tiada penjagaan kesihatan kulit yang baik, mulalah jerawat dan jeragat bermaharajalela.
Oleh itu, Shaklee baru-baru ini telah memperkenalkan produk penjagaan kulit muka, YOUTH yang merangkumi :
  • Luminous Gel Oil Cleanser
  • Perfecting Skin Toner
  • Youth Activating Serum
  • Age Defense Moisturizer SPF 50
  • Advance Renewal Night Cream
  • Radiance C + E

Surirumah juga perlu cantik | Mangga Strawberi

Walaupun baru diperkenalkan oleh Shaklee, YOUTH telah menjadi keghairahan ramai orang sebab 100% daripada wanita yang menggunakan YOUTH mengalami kesan positif YOUTH, antaranya :
  • Kurang Kedut
  • Kurang Parut
  • Kurang Jeragat
  • Kurang Pigmentasi
  • Kulit Semakin Lembab
  • Kulit Semakin Cerah
Mengikut indeks kulit pula, 2/3 daripada wanita yang menggunakan YOUTH mengalami kulit 10 tahun lebih muda daripada usia sebenar. 

Surirumah juga perlu cantik | Mangga Strawberi

Ada yang mengalami kesan YOUTH seawal 20 hari sahaja. Ini bergantung kepada jenis dan keadaan kulit.

Surirumah juga perlu cantik | Mangga Strawberi

Rata-rata semua sangat berpuas hati dengan YOUTH dan mengalami sendiri kesan YOUTH pada kulit muka masing-masing.

Surirumah juga perlu cantik | Mangga Strawberi

Jom dapatkan YOUTH sekarang dengan harga promosi bulan March 2018. Khidmat konsultasi akan diberikan sepanjang hayat dan hadiah percuma tutut disediakan.

Boleh whatsapp saya di nombor 011 1162 8521 atau klik di link ini ➡ http://www.wasap.my/601111628521 untuk maklumat lanjut dan pembelian. 

Untuk pengetahuan, permintaan YOUTH adalah tinggi dan stok YOUTH semakin menyusut. Bertindak sekarang!
Lot's of love,
www.manggastrawberi.blogspot.com

Continue Reading

Tuesday, 27 March 2018

Cara mencuci muka yang betul

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Cara Mencuci Muka Yang Betul | Mangga Strawberi

Semua orang menginginkan kulit wajah yang cantik. Kalau boleh seperti bayi yang baru lahir. Gebu, mulus, lembut dan cantik. Tapi semakin usia meningkat ditambah dengan faktor persekitaran membuatkan kulit wajah kita ada jerawat, jeragat, berkedut dan sebagainya. Tambahan pula bagi mereka yang sudah berkahwin dan memiliki cahaya mata, terasa seakan tiada masa untuk membelai wajah sepertimana sewaktu anak dara dulu. Opst! Berkahwin dan ada cahaya mata bukan alasan untuk tidak jaga muka ya. Muka tetap perlu dijaga sebab sekurang-kurangnya suami dan anak-anak perlu menghadap muka kita dalam jangka masa yang lama. Kalau boleh, biarlah sedap untuk mereka memandang. Sebenarnya penjagaan muka yang paling penting sekali adalah cara mencuci muka yang betul

Cara mencuci muka yang betul dapat mengelakkan terjadinya jerawat dan jeragat, dapat memberikan kesegaran pada wajah dan juga memelihara kebersihan kulit wajah secara optimum. Oleh itu, amat penting untuk mengetahui cara mencuci muka yang betul. Caranya ialah :

Pilih pencuci muka yang sesuai

Perkara asas dalam penjagaan muka ialah memilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah. Contohnya, jika kulit jenis berminyak, pilih pencuci muka yang mempunyai elemen tanah liat untuk menyerap minyak. Jika kulit jenis kering, elakkan pencuci muka yang mempunyai minyak mineral dan alkohol untuk mengelakkan iritasi.

Skrub muka dua kali seminggu

Sel dalam badan sering diperbaharui dan terjadinya sel kulit mati. Dengan melakukan skrub muka dua kali seminggu, sel kulit mati yang berada di muka dapat ditanggalkan dan menjadikan kulit muka bebas daripada sel kulit mati.

Cuci muka dengan air suam

Mencuci muka dengan air suam dapat menyegarkan kulit muka dan membunuh kotoran yang ada di muka. Namun, elakkan mencuci muka dengan suhu yang terlalu sejuk ataupun terlalu panas untuk mengelakkan kapilari darah (salur darah yang halus) yang berada di muka pecah seterusnya memberi kesan kemerahan di bahagian hidung dan pipi.

Tanggalkan makeup sebelum mencuci muka

Mencuci muka tanpa menanggalkan makeup terlebih dahulu adalah salah sebab makeup perlu dicuci dengan bahan khas terlebih dahulu. Mencuci muka tanpa menanggalkan makeup terlebih dahulu tidak menjanjikan muka benar-benar bersih selepas mencuci muka. Seharusnya gunakan makeup removal diletakkan di kapas muka dan disapukan di muka sebelum mencuci muka.

Cuci tangan dengan pencuci anti-bakteria

Cuci tangan dengan pencuci anti-bakteria sebelum mencuci muka untuk mengelakkan bakteria dan kuman yang ada di tangan akibat kita memegang pelbagai permukaaan mahupun peralatan yang berada di sekitar kita. 

Fokus pada zon T muka

Ketika mencuci muka, fokuskan dan lebihkan perhatian pada zon T muka yang merangkumi kawasan dahi, pipi dan dagu kerana kawasan tersebut merupakan kawasan yang berpotensi untuk ditumbuhi jerawat. Disarankan untuk mencuci muka dua kali sehari iaitu pada waktu siang dan malam. 

Buat urutan di muka

Ramai yang tidak tahu urutan di muka dapat meningkatkan aliran darah dan juga oksigen di muka agar lebih lancar dan membantu mengurangkan kedutan. Urutan boleh dilakukan dengan cara gerakan bulatan daripada bahagian dagu ke atas ataupun boleh dimulakan juga daripada bahagian leher.

Jangan lap muka dengan tuala

Elakkan mengelap muka selepas mencuci muka kerana kain yang digunakan mengelap muka akan menyerap kelembapan muka dan juga khasiat daripada pencuci muka menyebabkan muka tidak menyerap khasiat yang terkandung di dalam pencuci muka yang digunakan. Sebaiknya biarkan sahaja ia kering secara sendiri.

Gunakan facial mask.

Selepas mencuci muka, gunakanlah topeng kecantikan muka ataupun facial mask sebaiknya yang mengandungi kolagen, Vitamin C dan Vitamin E untuk mengembalik keremajaan kulit.

Gunakan ais untuk mengecutkan jerawat

Penggunaan ais untuk mengecutkan jerawat amat digalakkan kerana apabila ais diletakkan di tempat yang ada jerawat, ianya mengecutkan pembuluh darah di bawah permukaan kulit seterusnya mengurangkan tanda kemerahan dan iritasi. Selain itu, penggunaan ais dapat membantu makeup kekal lebih lama.


Lot's of love,
www.manggastrawberi.blogspot.com

Continue Reading

Monday, 26 March 2018

Jom amalkan gaya hidup sihat

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh


Amalan gaya hidup yang sihat memang disarankan buat semua orang. Gaya hidup sihat meliputi pemakanan dan juga penjagaan kesihatan mental dan juga fizikal. Namun ramai juga yang mengabaikan gaya hidup sihat. Bila penyakit datang, barulah nak mulakan gaya hidup sihat. Alangkah ruginya. Oleh itu, jom amalkan gaya hidup sihat. Bak kata orang, mencegah lebih baik daripada mengubati. 

Kenapa perlunya gaya hidup sihat?

Gaya hidup sihat memang sangat-sangat perlu sebab bila kita amalkan gaya hidup sihat, tahap kesihatan kita akan meningkat dan bertambah baik. Kita juga mengurangkan risiko menghidapi penyakit diabetes, serangan jantung, serangan strok (angin ahmar), tekanan darah tinggi dan juga kanser. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, kita akan lebih berstamina, produktif, berpenampilan menarik dan juga berasa lebih baik dan selesa.

Amalan gaya hidup sihat merangkumi :

Makan secara sihat 

Makan secara sihat dengan memilih makanan harian berdasarkan piramid makanan. Makan mengikut waktu makan yang teratur iaitu tiga waktu makan utama - sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Disarankan juga untuk makan makanan yang rendah gula, garam dan juga lemak. Digalakkan untuk mengambil lebih sayur-sayuran dan juga buah-buahan.

Elakkan perbuatan yang menjejaskan kesihatan

Elak dan jauhkan diri daripada perbuatan yang menjejaskan kesihatan seperti merokok, minum arak dan juga menyalahgunakan dadah. Merokok bukan hanya menjejaskan kesihatan diri perokok sendiri, malah menjejaskan juga kesihatan orang yang berada di sekeliling perokok terbabit. Merokok boleh menyebabkan seseorang menghidap penyakit paru-paru dan juga jantung. Minum arak dan juga menyalahgunakan dadah pula boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman dan juga masalah sosial dalam masyarakat.

Menjaga kebersihan dan persekitaran

Penjagaan kebersihan dan kawasan persekitaran tempat tinggal dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk dan juga membuang sampah di tempat yang telah disediakan dapat memberikan nikmat kehidupan yang aman buat penghuni tempat tinggal tersebut. Aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran tempat tinggal dapat mengeratkan silaturahim antara jiran tetangga dan juga dapat menyihatkan tubuh badan.

Bersenam dan beriadah

Amalan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman dan riadah dapat mengurangkan risiko penyakit darah tinggi, jantung, diabetes dan sakit sendi. Selain itu, sisa toksik dapat dikelurkan melalui peluh kita. Pilih aktiviti bersenam dan beriadah sesuai dengan umur dan tahap kemampuan badan kita. 

Membuat pemeriksaan kesihatan

Kita digalakkan membuat pemeriksaan secara berkala dua kali setahun untuk mengetahui tahap kesihatan semasa kita dan juga dapat mengambil langkah tertentu bagi memastikan tahap kesihatan kita berada dalam keadaan yang baik. 

Tangani stress dengan baik

Stress memang dihadapi oleh setiap orang tidak kira samada di rumah, di sekolah mahupun di tempat kerja. Stress yang keterlaluan dan berpanjangan dapat menjejaskan kesihatan tubuh badan kita. Tangani stress yang dialami dengan belajar bertenang dan berfikiran positif. Cuba dapatkan rehat dan tidur yang cukup untuk mengelakkan stress yang keterlaluan. Dapatkan teman untuk meluahkan rasa agar tidak menjadi stress dalam diri yang boleh mengakibatkan kemurungan. Apabila berlaku kesilapan, elakkan menyalahkan orang lain serta belajar untuk menyukai diri sendiri.

Amalan gaya hidup sangat digalakkan pada setiap orang. Banyak kebaikan yang diperoleh apabila mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya memiliki badan yamg sihat, minda yang cergas,  berpenampilan menarik, berkeyakinan tinggi, dan pelbagai lagi. Jom beralih ke amalan gaya hidup sihat. 

Lot's of love,
www.manggastrawberi.blogspot.com

Continue Reading

Wednesday, 21 March 2018

Cara senaman mudah di rumah

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Cara Senaman Mudah Di Rumah | Mangga Strawberi

Kebiasaanya orang memilih gymnasium, pusat kecergasan dan juga taman untuk melakukan senaman. Tetapi tak semua orang berkemampuan dan ada masa terluang untuk ke tempat-tempat yang disebutkan tadi. Sebenarnya, di rumah pun kita boleh lakukan senaman mudah yang boleh mengeluarkan peluh. Buat surirumah yang perlu menjaga anak dan menyelesaikan urusan rumahtangga, boleh juga melakukan senaman-senaman mudah ini. Antaranya ialah :

Berjalan

Berjalan bagus untuk otot kaki. Gunakan tangga untuk melakukan senaman yang ringkas dan mudah seperti aktiviti turun naik tangga. Buat mereka yang mempunyai rumah yang tiada tangga, apa kata berjalan setempat atau berjalan beberapa pusingan di dalam rumah.

Lari setempat

Lari ataupun joging setempat boleh dilakukan di rumah sahaja tanpa perlu ke taman. Ianya baik untuk kesihatan hati. Lari atau joging setempat ini boleh dilakukan bersama anak-anak di rumah sambil menonton tv mahupun sedang mendengar muzik.

Lompat katak

Majoriti tahu cara melakukan lompat katak kan? Lompat katak sebenarnya bagus untuk memanaskan badan dan juga sebagai senaman kardiovaskular kita. Cuba lakukan lompat katak beberapa kali dalam masa 10 saat. Cuba juga lakukan lompat katak ke arah belakang pula. 

Tekan tubi

Tekan tubi adalah senaman yang efisyen untuk menguatkan dada dan otot lengan. Tekan tubi adalah ringkas, tidak perlukan apa-apa peralatan dan juga boleh dilakukan di mana-mana saja.

Squats

Squats sangat berkesan kepada hampir keseluruhan otot badan. Ianya baik untuk kekuatan otot kaki dan membentuk punggung yang cantik.

Crunches

Crunches pula amat baik untuk menguatkan otot di perut. Ianya sangat baik untuk mereka yang mengidamkan perut yang cantik dan perut 6-pack bagi orang lelaki.

Menari

Menari mengikut irama lagu sangat baik untuk tubuh badan keseluruhannya. Menari amat baik untuk hati, minda, fikiran, semangat dan juga dapat memberikan kepuasan yang menyeluruh. Menari juga boleh dilakukan bersama pasangan dan juga anak-anak di rumah agar hubungan kekeluargaan semakin erat dan mesra.

Sebenarnya tiada alasan untuk tidak melakukan senaman di rumah. Tanpa peralatan pun kita masih boleh bersenam. Senaman baik untuk kesihatan fizikal mahupun mental. Dengan bersenam, badan menjadi sihat dan minda menjadi cergas. Namun begitu, bersenamlah mengikut kemampuan badan dan bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan, sila dapatkan nasihat daripada pakar perubatan sebelum melakukan apa-apa senaman yang mungkin boleh membahayakan diri sendiri.

Lot's of love,
www.manggastarwberi.blogspot.com

Continue Reading

Tuesday, 20 March 2018

Hilangkan jeragat menggunakan bahan alam semulajadi

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Hilangkan jeragat menggunakan bahan alam semulajadi | Mangga Strawberi

Selepas jerawat, masalah kulit yang sering dialami hampir setiap orang ialah jeragat. Jeragat boleh dikatakan sebagai adik kepada jerawat. Jeragat terjadi disebabkan pembentukan minyak, sel-sel kulit yang mati dan juga bakteria yang terkumpul di bahagian liang-liang roma kulit terutamanya di sekitar bahagian hidung, pipi, dagu dan dahi. Jeragat boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya yang menyebabkan orang yang ada jeragat berasa rendah diri dan kurang keyakinan diri. Terdapat macam-macam produk di pasaran yang dijanjikan dapat menghilangkan jeragat. Tapi apa kata kita hilangkan jeragat menggunakan bahan alam semulajadi. Jom cuba!

Lemon

Hilangkan jeragat menggunakan bahan alam semulajadi | Mangga Strawberi

Buah lemon yang sedap dijadikan teh lemon ais, kaya dengan asid sitrik dan alpha hydroxy yang membantu menggelupaskan kulit dan membersihkan kulit wajah untuk memudahkan pertumbuhan sel baru.

Caranya ialah potong lemon nipis-nipis atau boleh juga celupkan kapas muka ke dalam jus lemon dan sapukan ke kulit muka. Biarkan selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk. Dicadangkan untuk buat secara berturut-turut selama sebulan untuk melihat kesannya.

Cuka epal

Hilangkan jeragat menggunakan bahan alam semulajadi | Mangga Strawberi

Cuka epal terkenal di kalangan mereka yang ingin menurunkan berat badan. Selan itu, cuka epal mempunyai ciri-ciri antibakteria yang bagus untuk merawat jeragat dan jerawat.

Caranya campurkan cuka epal dengan air. Celupkan kapas muka ke dalam campuran cuka epal dan air tadi dan sapukan ke seluruh bahagian muka. Biarkan kira-kira selama 10 minit dan bilas muka dengan air suam.

Kunyit

Hilangkan jeragat menggunakan bahan alam semulajadi | Mangga Strawberi

Selain sedap bila dimasukkan dalam makanan, rupanya kunyit juga dapat menghilangkan jeragat dan baik untuk melindungi kulit muka daripada jangkitan kuman.

Caranya ialah dengan mencampurkan satu sudu teh kunyit ke dalam jus lemon. Sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah dan biarkan selama kira-kira 10-15 minit. Bilas dengan air sejuk. Sangat sesuai dibuat sebelum mandi.

Oat

Hilangkan jeragat menggunakan bahan alam semulajadi | Mangga Strawberi

Ramai yang tahu kebaikan oat dalam menurunkan paras kolestrol dalam darah. Sebenarnya oat juga bagus sebagai agen penggelupasan kulit secara semulajadi dan juga menyerap minyak yang berlebihan yang menjadi punca jeragat dan jerawat.

Caranya ialah dengan mencampurkan dua sudu yogurt, satu sudu jus lemon, satu sudu madu dan empat sudu besar oat. Boleh juga dicampurkan dengan satu sudu cuka epal. Lembabkan muka dan sapukan campuran tersebut ke kulit wajah seperti memakai masker muka. Biarkan selama 20 minit dan bilas. 

Selain bahan semulajadi yang CT kongsikan di atas, penggunaan barang penjagaan kulit muka dan juga alat solek yang sesuai dengan kulit muka juga perlu dititik beratkan sebab penggunaan barangan yang tidak sesuai dengan kulit juga menyumbangkan kepada terjadinya jeragat dan jerawat. Sekiranya jerawat dan jeragat yang dialami teruk, CT cadangkan dapatkan nasihat pakar kulit atau dermatologist supaya jeragat dan jerawat yang dialami dapat dirawat dengan sebaiknya.
Lot's of love,


Continue Reading

Tuesday, 13 March 2018

Beguk : Jangan ambil ringan tentangnya

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Beguk : Jangan ambil ringan tentangnya | Mangga Strawberi
Foto kredit : www.majalahpama.my

Beberapa hari yang lalu, kita dikejutkan dengan berita penularan penyakit beguk. Rasa-rasa CT, penyakit beguk berleluasa berlaku sewaktu CT masih bersekolah dahulu. Walaupun ianya beguk, sila jangan ambil ringan tentangnya. Apa itu beguk atau dalam bahasa Inggeris ialah 'mumps'?

APA ITU BEGUK?

Beguk merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus yang menyebabkan pembengkakan dan rasa sakit pada kalenjar parotid. Tahukah anda yang penyakit beguk mudah berjangkit melalui titisan cecair melalui mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti mengalami batuk atau bersin, Beguk boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan terjadi. 

TANDA DAN GEJALA BEGUK?

Tanda dan gejala beguk biasanya berlaku selepas 12 - 25 hari seseorang berhubung dengan seseorang yang mempunyai penyakit beguk. Kebiasaanya mereka mempunya tanda dan gejala :
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Mulut kering
  • Hilang selera makan
  • Keletihan
  • Pembengkakan pada satu atau kedua-dua kalenjar parotid
Kebiasannya, tanda dan gejala ini akan hilang dalam masa 10 - 12 hari sahaja dan akan pulih sepenuhnya seperti sediakala. Walaubagaimanapun, ada sesetengah kes boleh menyebabkan komplikasi seperti :
  • Encephalitis - pembengkakan pada otak
  • Meningitis - pembengkakan pada lapisan otak
  • Panccreatitis - pembengkakan pada pankreas
  • Orchitis - lebam pada testis, berlaku pada lelaki dewasa
  • Pekak
BAGAIMANA BEGUK DIRAWAT?

Tiada ubat yang khusus untuk merawat penyakit beguk. Namun begitu, kebiasaanya para doktor :
  • Membekalkan ubat Paracetamol untuk meredakan demam dan rasa sakit
  • Menasihatkan pesakit beguk untuk minum banyak air kosong dan mengelakkan jus yang berasid
  • Meletakkan ais pada kalenjar parotid dan testis untuk melegakan sakit
  • Menasihati pesakit beguk untuk kurantin ataupun duduk sahaja dirumah sehingga bengkak tersebut hilang untuk mengelakkan penularan berleluasa
ADAKAH BEGUK BOLEH DICEGAH?

Dengan berkembangnya teknologi dalam bidang perubatan, penyakit beguk boleh dicegah dengan pengambilan vaksin. Kebiasaannya vaksin beguk atau vaksin MMR (Mumps, Measles, Rubella) diberikan pada umur 12 bulan dan ketika berumur 7 tahun dan didapati ianya berkesan untuk mencegah beguk.

(Sumber : http://www.myhealth.gov.my/beguk-3/)
Lot's of love,
www.manggastrawberi.blogspot.my

Continue Reading

Monday, 12 March 2018

Jerawat dan penyelesaianya

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

JERAWAT! Huh! Ramai memang tidak menyukainya kan terutama apabila ianya tumbuh di bahagian muka. Walaupun kita telah mencuci muka sekerap mungkin dan menggunakan pelbagai produk untuk muka, jerawat tetap juga mahu bertandang di muka. Jerawat yang banyak terutamanya di bahagian muka boleh menimbulkan rasa rendah diri dan kurang berkeyakinan di dalam diri. Bagaimana boleh terjadinya jerawat dan penyelesaianya bagaimana pula?
APA ITU JERAWAT?
Jerawat adalah keadaan wujudnya bintik ataupun benjolan kecil di permukaan kulit. Jerawat selalu terjadi disebabkan liang roma di kulit yang tersumbat apabila terkumpulnya minyak dan juga sel kulit mati di dalam liang roma tersebut. Jerawat sering terjadi di bahagian terdapat banyak liang roma seperti di bahagian muka, bahagian atas dada dada dan di bahagian belakang badan.
JERAWAT DAN PUNCANYA
Terdapat pelbagai faktor terhasilnya jerawat. Antaranya :
  • Genetik atau keturunan
  • Kelenjar sebum yang terlampau aktif disebabkan perubahan hormon terutamanya ketika peringkat akil baligh
  • Jangkitan kuman pada liang roma
  • Penggunaan produk penjagaan kulit / rambut dan barangan kosmetik berasaskan minyak dan menyumbat liang roma
  • Penggunaan ubat-ubatan seperti phenytoin, iodin, bromida, steroid dan litium 
  • Persekitaran yang berminyak dan kotor
  • Ada sesetengah wanita yang ketika mengandung akan membuatkan jerawat semakin bertambah
JERAWAT DAN PENYELESAIANYA
Jerawat boleh dikurangkan dengan cara :
  • Jangan kerap menyentuh muka dan jangan picit jerawat kerana kuku mahupun tangan kita mempunyai banyak kuman yang boleh menyebabkan jerawat boleh menjadi semakin teruk.
  • Meminum air kosong dengan banyak agar kulit sentiasa lembab
  • Elakkan menggunakan produk penjagaan kulit / rambut dan barangan kosmetik berasaskan minyak kerana ia boleh menyebabkan liang roma tersumbat
  • Amalkan makanan seimbang dan ambil vitamin secara sederhana
  • Tukar alat solek, berus dan span setiap 6 bulan sekali untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria
  • Gunakan penyegar daripada bahan semulajadi seperti jus lemon, kulit pisang dan teh hijau untuk kulit yang berminyak
  • Mencuci muka setiap hari terutamanya setelah berpeluh ataupun berada di bawah sinaran matahari kerana kelenjar sebum menghasilkan sebum yang banyak pada waktu itu. Namun begitu, kekerapan membasuh muka yang melampau boleh menyebabkan kulit muka menjadi kering terutamanya apabila menggunakan pencuci muka biasa. Pencuci muka yang tiada sabun dan mempunyai pH 5.5 amat baik untuk kulit muka kerana ia boleh mengelakkan kulit muka menjadi kering.
Terjadinya jerawat memang meresahkan kebanyakan orang tetapi dengan cara dan langkah pencegahan yang betul, penghasilan jerawat dapat dikawal dan dikurangkan. Boleh dikatakan semua orang akan mengalami masalah jerawat namun untuk jerawat yang teruk dan serius, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat pakar kulit agar ianya tidak melarat dan tidak menjadi semakin teruk.
Lot's of love,

Continue Reading

Thursday, 8 March 2018

Kelebihan Apple Stemcell

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh


Sana sini sibuk mengatakan tentang Apple Stemcell. Apa itu Apple Stemcell? Apa kelebihan Apple Stemcell pada manusia pula?

Sebelum kita bercerita lebih lanjut tentang Apple Stemcell, tahukah anda apa itu stemcell?

Stemcell ialah sel tumbuhan yang diekstrak daripada batang tumbuhan tersebut. Ianya semulajadi dan mempunyai sifat memperbaharui dirinya berterusan selagimana tuan rumahnya masih hidup. Ia sering dianggap priduk kecantikan semulajadi selagimana ia tidak ada bahan pengawet tambahan dan juga bahan kimia yang berbahaya.

Pemilihan buah epal adalah disebabkan epal didapati mempunyai kandungan anti-oksidannya yang tinggi. Apple Stemcell didapati juga mampu menggalakkan pertumbuhan sel kulit dan memperbaiki lapisan luar kulit selain membentuk pigmen kulit.

Selepas proses pengekstrakan dan pengkulturan Apple Stemcell selesai, ianya akan dimasukkan ke dalam produk kosmetik seperti serum, krim kecantikan, mahupun di dalam minuman dan juga produk supplement untuk kulit.

Disebabkan sel hayat badan manusia mempunyai jangka hayat yang terhad akibat faktor peningkatan usia, pemakanan dan persekitaran, maka seakan menjadi satu trend pada masa kini untuk mencampurkan Apple Stemcell ke dalam produk yang berkaitan dengan penjagaan kulit.

Sebab itu kita dapati banyak produk penjagaan kulit mengandungi Apple Stemcell merangkumi krim kecantikan, serum, mahupun minuman dan supplement untuk kulit disebabkan kelebihannya mengaktifkan dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit, kulit kelihatan lebih muda dan membantu memperbaiki tisu kulit.

Lot's of love,

Continue Reading

Tuesday, 6 March 2018

Sakit tekak? Jom legakan dengan bahan semulajadi

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
 
Musim panas terik yang sedang dialami di negara kita sekarang ini sedikit sebanyak mempengaruhi kesihatan kita, terutama apabila pengambilan air adalah kurang. Salah satu penyakit yang sedang melanda kebanyakan kita pada waktu ini ialah sakit tekak ataupun bengkak tonsil. Apabila terjadinya sakit tekak mahupun bengkak tonsil, aktiviti seharian boleh terjejas dan minum air merupakan perkara yang paling memeritkan, hatta untuk menelan air liur sekalipun. 
Foto Kredit : webmd.boots.com
Terdapat beberapa bahan semulajadi yang mudah didapati di dapur kita untuk melegakan sakit tekak dan bengkak tonsil ini. Antaranya :
  • Kumur Air Garam - Semestinya garam adalah keperluan utama dalam memasak dan mudah didapati. Caranya ialah dengan mencampurkan sesudu garam bersama air suam dapat mengurangkan rasa perit di tonsil yang diakibatkan daripada pedih dan bengkak terutama sewaktu makan dan minum
  • Halia - Halia yang terkenal dengan kandungan antiradang dan antibakteria mampu memberikan kesembuhan yang cepat dan juga mengurangkan rasa sakit dan bengkak. Caranya ialah dengan mencampurkan secawan air yang telah dididihkan bersama satu sudu halia yang telah diparutkan. Biarkan kira-kira 10 minit sebelum diminum.
  • Lemon - Lemon juga terkenal sebagai salah satu agen antiradang dan juga antibakteria, selain kaya dengan Vitamin C yang dapat menguatkan sistem pertahanan badan melawan penyakit. Campurkan perahan lemon, secubit garam dan sesudu madu kedalam secawan air suam. Amalkan dua kali sehari untuk kesan yang optimum.
  • Madu - Madu sememangnya terkenal dengan pelbagai khasiat dan juga zat yang terkandung di dalamnya. Madu juga mampu melegakan kesakitan akibat bengkak tonsil. Caranya ialah dengan mencampurkan 4 sudu teh madu bersama satu suku sudu garam dan juga perahan sebiji limau kasturi. Kacau dan minum 2 hingga 3 kali sehari untuk kesan yang lebih cepat.
  • Kulit Kayu Manis - Mungkin agak janggal bagi sesetengah orang, sebenarnya kulit kayu manis mampu melegakan keradangan pada tonsil yang mengakibatkan ianya membengkak selain kulit kayu manis merupakan agen antimikrob yang mampu menghalang pembiakan bakteria pada tonsil. Caranya ialah dengan mencampurkan sesudu kulit kayu manis dan juga 2 sudu madu ke dalam air suam. Minum 2 hingga 3 kali sehari untuk melegakan bengkak tonsil.
Keadaan boleh bertambah serius apabila pesakit mula mengalami sesak nafas. Sekiranya keadaan berlarutan, segeralah ke klinik atau hospital berdekatan terutama jika ianya dialami oleh bayi dan kanak-kanak kerana keperitan untuk makan dan minum boleh membuatkan mereka untuk tidak langsung makan mahupun minum.
Lot's of love,

Continue Reading