Foto Kredit : webmd.boots.com
- Kumur Air Garam - Semestinya garam adalah keperluan utama dalam memasak dan mudah didapati. Caranya ialah dengan mencampurkan sesudu garam bersama air suam dapat mengurangkan rasa perit di tonsil yang diakibatkan daripada pedih dan bengkak terutama sewaktu makan dan minum
- Halia - Halia yang terkenal dengan kandungan antiradang dan antibakteria mampu memberikan kesembuhan yang cepat dan juga mengurangkan rasa sakit dan bengkak. Caranya ialah dengan mencampurkan secawan air yang telah dididihkan bersama satu sudu halia yang telah diparutkan. Biarkan kira-kira 10 minit sebelum diminum.
- Lemon - Lemon juga terkenal sebagai salah satu agen antiradang dan juga antibakteria, selain kaya dengan Vitamin C yang dapat menguatkan sistem pertahanan badan melawan penyakit. Campurkan perahan lemon, secubit garam dan sesudu madu kedalam secawan air suam. Amalkan dua kali sehari untuk kesan yang optimum.
- Madu - Madu sememangnya terkenal dengan pelbagai khasiat dan juga zat yang terkandung di dalamnya. Madu juga mampu melegakan kesakitan akibat bengkak tonsil. Caranya ialah dengan mencampurkan 4 sudu teh madu bersama satu suku sudu garam dan juga perahan sebiji limau kasturi. Kacau dan minum 2 hingga 3 kali sehari untuk kesan yang lebih cepat.
- Kulit Kayu Manis - Mungkin agak janggal bagi sesetengah orang, sebenarnya kulit kayu manis mampu melegakan keradangan pada tonsil yang mengakibatkan ianya membengkak selain kulit kayu manis merupakan agen antimikrob yang mampu menghalang pembiakan bakteria pada tonsil. Caranya ialah dengan mencampurkan sesudu kulit kayu manis dan juga 2 sudu madu ke dalam air suam. Minum 2 hingga 3 kali sehari untuk melegakan bengkak tonsil.
0 comments:
Post a Comment