Monday, 12 March 2018

Jerawat dan penyelesaianya

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

JERAWAT! Huh! Ramai memang tidak menyukainya kan terutama apabila ianya tumbuh di bahagian muka. Walaupun kita telah mencuci muka sekerap mungkin dan menggunakan pelbagai produk untuk muka, jerawat tetap juga mahu bertandang di muka. Jerawat yang banyak terutamanya di bahagian muka boleh menimbulkan rasa rendah diri dan kurang berkeyakinan di dalam diri. Bagaimana boleh terjadinya jerawat dan penyelesaianya bagaimana pula?
APA ITU JERAWAT?
Jerawat adalah keadaan wujudnya bintik ataupun benjolan kecil di permukaan kulit. Jerawat selalu terjadi disebabkan liang roma di kulit yang tersumbat apabila terkumpulnya minyak dan juga sel kulit mati di dalam liang roma tersebut. Jerawat sering terjadi di bahagian terdapat banyak liang roma seperti di bahagian muka, bahagian atas dada dada dan di bahagian belakang badan.
JERAWAT DAN PUNCANYA
Terdapat pelbagai faktor terhasilnya jerawat. Antaranya :
  • Genetik atau keturunan
  • Kelenjar sebum yang terlampau aktif disebabkan perubahan hormon terutamanya ketika peringkat akil baligh
  • Jangkitan kuman pada liang roma
  • Penggunaan produk penjagaan kulit / rambut dan barangan kosmetik berasaskan minyak dan menyumbat liang roma
  • Penggunaan ubat-ubatan seperti phenytoin, iodin, bromida, steroid dan litium 
  • Persekitaran yang berminyak dan kotor
  • Ada sesetengah wanita yang ketika mengandung akan membuatkan jerawat semakin bertambah
JERAWAT DAN PENYELESAIANYA
Jerawat boleh dikurangkan dengan cara :
  • Jangan kerap menyentuh muka dan jangan picit jerawat kerana kuku mahupun tangan kita mempunyai banyak kuman yang boleh menyebabkan jerawat boleh menjadi semakin teruk.
  • Meminum air kosong dengan banyak agar kulit sentiasa lembab
  • Elakkan menggunakan produk penjagaan kulit / rambut dan barangan kosmetik berasaskan minyak kerana ia boleh menyebabkan liang roma tersumbat
  • Amalkan makanan seimbang dan ambil vitamin secara sederhana
  • Tukar alat solek, berus dan span setiap 6 bulan sekali untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria
  • Gunakan penyegar daripada bahan semulajadi seperti jus lemon, kulit pisang dan teh hijau untuk kulit yang berminyak
  • Mencuci muka setiap hari terutamanya setelah berpeluh ataupun berada di bawah sinaran matahari kerana kelenjar sebum menghasilkan sebum yang banyak pada waktu itu. Namun begitu, kekerapan membasuh muka yang melampau boleh menyebabkan kulit muka menjadi kering terutamanya apabila menggunakan pencuci muka biasa. Pencuci muka yang tiada sabun dan mempunyai pH 5.5 amat baik untuk kulit muka kerana ia boleh mengelakkan kulit muka menjadi kering.
Terjadinya jerawat memang meresahkan kebanyakan orang tetapi dengan cara dan langkah pencegahan yang betul, penghasilan jerawat dapat dikawal dan dikurangkan. Boleh dikatakan semua orang akan mengalami masalah jerawat namun untuk jerawat yang teruk dan serius, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat pakar kulit agar ianya tidak melarat dan tidak menjadi semakin teruk.
Lot's of love,

0 comments:

Post a Comment