بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Kacang soya, siapa tak kenal? Rasanya semua kenal kacang soya. Tapi selalunya kita kenal air kacang soya, berbanding kacang soya mahupun pokok kacang soya itu sendiri. Betul tak? Sebab CT sendiri pun tak berapa kenal kacang soya dan juga pokok kacang soya. Hihi. Air kacang soya yang berwarna putih susu banyak dijual di kedai-kedai, baik kedai runcit mahupun pasaraya besar. Air kacang soya lebih sedap diminum dingin. Erm, rasa teringin pula air kacang soya. Hihi
Ok, jom join CT cerita sikit berkaitan kacang soya ni.
Kacang soya sebenarnya berasal daripada Asia Timur tetapi pada masa sekarang, pengeluar utama adalah Amerika Syarikat iaitu sebanyak 55 peratus. Pokok kacang soya adalah tegak merimbun dan boleh mencapai tinggi sehingga 70 sentimeter. Pokok kacang soya yang matang akan mengeluarkan bunga berbentuk rama-rama yang berwarna ungu dan keluar di bawah ketiak daun antara 31 hingga 40 hari selepas ditanam. Penanaman kacang soya dikatakan mampu mengembalikan nitrogen dan mineral lain pada tanah.
Kacang soya dianggap sumber protein lengkap kerana mengandungi sejumlah besar asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia disebabkan ketidakupayaan tubuh manusia untuk menghasilkannya. Kacang soya boleh diproses dan menghasilkan pelbagai produk, antaranya tepung soya, tempe, soya lecithin, minyak sayuran, tauhu, dan pelbagai lagi. Kacang soya juga merupakan bahan utama dalam penghasilan kicap. Kacang soya juga dijadikan makanan haiwan bagi sesetengah negara seperti Amerika Syarikat. Selain itu, kacang soya juga digunakan dalam menghasilkan produk kosmetik, sabun dan produk pengilangan yang lain.
Disebabkan permintaan yang tinggi terhadap kacang soya, 80% daripada kacang soya yang ditanam untuk tujuan perdagangan telah diubahsuai secara genetik, GMO. Apabila permintaan produk kacang soya seperti tauhu dan air kacang soya meningkat, produk pengeluaran akan beralih daripada syarikat bukan GMO ataupun organik kepada syarikat besar yang membeli daripada pembekal makanan umum, menyebabkan harga kacang soya jatuh berbanding harga makanan lain seperti daging dan susu.
Terdapat beberapa kebimbangan dan juga kesan penggunaan produk yang berasaskan GMO, iaitu produk yang telah diubahsuai secara genetik ini. Entri seterusnya, CT akan ceritakan tentang GMO ini. Nantikan entri seterusnya ya.
0 comments:
Post a Comment