بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Foto kredit : Google
GMO dan non-GMO, apa itu? Istilah apa pula kali ini? Jangan pening dan jangan susah hati. Kalau perasan, selalunya istilah GMO dan non-GMO ini digunakan dalam produk makanan dan kesihatan. Sebelum itu, mari CT terangkan tentang GMO terlebih dahulu supaya pemahaman kita selepas ini lebih jelas.
Apa itu GMO?
GMO bermaksud Genetically Modified Organisms (Organisma yang diubahsuai secara genetik) iaitu organisma hidup yang telah dimanipulasikan secara buatan di dalam makmal melalui kejuruteraan genetik. Ianya mewujudkan kombinasi gen haiwan, tumbuhan, bakteria dan virus yang tidak berlaku secara semulajadi.
Kebanyakan produk GMO dicipta untuk menghalang kesan penggunaan secara langsung racun rumpai dan juga racun serangga. Walaubagaimanapun, teknologi terbaru digunakan sekarang untuk membina sifat lain di dalam tumbuhan seperti mengurangkan kesan buah epal menjadi coklat, dan juga mencipta organisma baru menggunakan kaedah biologi sintetik. Walaubagaimanapun, tiada bukti bagi mana-mana produk GMO yang sedang berada di pasaran sekarang menawarkan peningkatan penghasilan, peningkatan nutrisi mahupun apa-apa kesan kebaikan kepada pengguna.
Non-GMO pula ialah Non-Genetically Modified Organisms (organisma yang tidak diubahsuai secara genetik).
Berdasarkan kepada industri GMO, terdapat banyak kebaikan, antaranya :
- Mengurangkan penggunaan racun rumpai
- Mengurangkan penggunaan racun serangga
- Mengurangkan perlepasan gas rumah hijau sebab GMO kurang penggunaan membajak, jadi kurang menggunakan bahan api fosil
- Kemampuan memanipulasi makanan untuk meningkatkan komponen yang diperlukan tertentu seperti nutrien
- Meningkatkan produksi makanan untuk mereka yang mengalami kelaparan di negara dunia ketiga
Namun, GMO tetap mempunyai keburukan serta memberi kesan kepada manusia terutamanya, seperti :
- Boleh mencetuskan reaksi alergik
- Berkemungkinan boleh menyebabkan terjadinya penyakit baru yang dikhuatiri imun terhadap antibiotik
- Menyebabkan masalah kandungan nutrisi dalam makanan
- Berkemungkinan ianya toksik dan beracun kepada manusia
- Cara produk bahan mentah makanan dicipta dibimbangi mengganggu DNA tumbuhan tersebut sehingga memberikan potensi yang berbahaya kepada manusia
- Sekiranya ianya terlepas ke alam semulajadi, ianya tidak dapat ditarik atau diubahsuai semula
Produk GMO sebenarnya berbahaya dan tidak selamat kepada manusia sehinggakan ada lebih 60 buah negara di dunia termasuklah Australia, Jepun dan negara-negara dalam Kesatuan Eropah membuat sekatan kepada pengeluaran dan penjualan produk GMO.
0 comments:
Post a Comment