Wednesday, 21 March 2018

Cara senaman mudah di rumah

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Cara Senaman Mudah Di Rumah | Mangga Strawberi

Kebiasaanya orang memilih gymnasium, pusat kecergasan dan juga taman untuk melakukan senaman. Tetapi tak semua orang berkemampuan dan ada masa terluang untuk ke tempat-tempat yang disebutkan tadi. Sebenarnya, di rumah pun kita boleh lakukan senaman mudah yang boleh mengeluarkan peluh. Buat surirumah yang perlu menjaga anak dan menyelesaikan urusan rumahtangga, boleh juga melakukan senaman-senaman mudah ini. Antaranya ialah :

Berjalan

Berjalan bagus untuk otot kaki. Gunakan tangga untuk melakukan senaman yang ringkas dan mudah seperti aktiviti turun naik tangga. Buat mereka yang mempunyai rumah yang tiada tangga, apa kata berjalan setempat atau berjalan beberapa pusingan di dalam rumah.

Lari setempat

Lari ataupun joging setempat boleh dilakukan di rumah sahaja tanpa perlu ke taman. Ianya baik untuk kesihatan hati. Lari atau joging setempat ini boleh dilakukan bersama anak-anak di rumah sambil menonton tv mahupun sedang mendengar muzik.

Lompat katak

Majoriti tahu cara melakukan lompat katak kan? Lompat katak sebenarnya bagus untuk memanaskan badan dan juga sebagai senaman kardiovaskular kita. Cuba lakukan lompat katak beberapa kali dalam masa 10 saat. Cuba juga lakukan lompat katak ke arah belakang pula. 

Tekan tubi

Tekan tubi adalah senaman yang efisyen untuk menguatkan dada dan otot lengan. Tekan tubi adalah ringkas, tidak perlukan apa-apa peralatan dan juga boleh dilakukan di mana-mana saja.

Squats

Squats sangat berkesan kepada hampir keseluruhan otot badan. Ianya baik untuk kekuatan otot kaki dan membentuk punggung yang cantik.

Crunches

Crunches pula amat baik untuk menguatkan otot di perut. Ianya sangat baik untuk mereka yang mengidamkan perut yang cantik dan perut 6-pack bagi orang lelaki.

Menari

Menari mengikut irama lagu sangat baik untuk tubuh badan keseluruhannya. Menari amat baik untuk hati, minda, fikiran, semangat dan juga dapat memberikan kepuasan yang menyeluruh. Menari juga boleh dilakukan bersama pasangan dan juga anak-anak di rumah agar hubungan kekeluargaan semakin erat dan mesra.

Sebenarnya tiada alasan untuk tidak melakukan senaman di rumah. Tanpa peralatan pun kita masih boleh bersenam. Senaman baik untuk kesihatan fizikal mahupun mental. Dengan bersenam, badan menjadi sihat dan minda menjadi cergas. Namun begitu, bersenamlah mengikut kemampuan badan dan bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan, sila dapatkan nasihat daripada pakar perubatan sebelum melakukan apa-apa senaman yang mungkin boleh membahayakan diri sendiri.

Lot's of love,
www.manggastarwberi.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment