Tuesday, 20 March 2018

Hilangkan jeragat menggunakan bahan alam semulajadi

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Hilangkan jeragat menggunakan bahan alam semulajadi | Mangga Strawberi

Selepas jerawat, masalah kulit yang sering dialami hampir setiap orang ialah jeragat. Jeragat boleh dikatakan sebagai adik kepada jerawat. Jeragat terjadi disebabkan pembentukan minyak, sel-sel kulit yang mati dan juga bakteria yang terkumpul di bahagian liang-liang roma kulit terutamanya di sekitar bahagian hidung, pipi, dagu dan dahi. Jeragat boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya yang menyebabkan orang yang ada jeragat berasa rendah diri dan kurang keyakinan diri. Terdapat macam-macam produk di pasaran yang dijanjikan dapat menghilangkan jeragat. Tapi apa kata kita hilangkan jeragat menggunakan bahan alam semulajadi. Jom cuba!

Lemon

Hilangkan jeragat menggunakan bahan alam semulajadi | Mangga Strawberi

Buah lemon yang sedap dijadikan teh lemon ais, kaya dengan asid sitrik dan alpha hydroxy yang membantu menggelupaskan kulit dan membersihkan kulit wajah untuk memudahkan pertumbuhan sel baru.

Caranya ialah potong lemon nipis-nipis atau boleh juga celupkan kapas muka ke dalam jus lemon dan sapukan ke kulit muka. Biarkan selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk. Dicadangkan untuk buat secara berturut-turut selama sebulan untuk melihat kesannya.

Cuka epal

Hilangkan jeragat menggunakan bahan alam semulajadi | Mangga Strawberi

Cuka epal terkenal di kalangan mereka yang ingin menurunkan berat badan. Selan itu, cuka epal mempunyai ciri-ciri antibakteria yang bagus untuk merawat jeragat dan jerawat.

Caranya campurkan cuka epal dengan air. Celupkan kapas muka ke dalam campuran cuka epal dan air tadi dan sapukan ke seluruh bahagian muka. Biarkan kira-kira selama 10 minit dan bilas muka dengan air suam.

Kunyit

Hilangkan jeragat menggunakan bahan alam semulajadi | Mangga Strawberi

Selain sedap bila dimasukkan dalam makanan, rupanya kunyit juga dapat menghilangkan jeragat dan baik untuk melindungi kulit muka daripada jangkitan kuman.

Caranya ialah dengan mencampurkan satu sudu teh kunyit ke dalam jus lemon. Sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah dan biarkan selama kira-kira 10-15 minit. Bilas dengan air sejuk. Sangat sesuai dibuat sebelum mandi.

Oat

Hilangkan jeragat menggunakan bahan alam semulajadi | Mangga Strawberi

Ramai yang tahu kebaikan oat dalam menurunkan paras kolestrol dalam darah. Sebenarnya oat juga bagus sebagai agen penggelupasan kulit secara semulajadi dan juga menyerap minyak yang berlebihan yang menjadi punca jeragat dan jerawat.

Caranya ialah dengan mencampurkan dua sudu yogurt, satu sudu jus lemon, satu sudu madu dan empat sudu besar oat. Boleh juga dicampurkan dengan satu sudu cuka epal. Lembabkan muka dan sapukan campuran tersebut ke kulit wajah seperti memakai masker muka. Biarkan selama 20 minit dan bilas. 

Selain bahan semulajadi yang CT kongsikan di atas, penggunaan barang penjagaan kulit muka dan juga alat solek yang sesuai dengan kulit muka juga perlu dititik beratkan sebab penggunaan barangan yang tidak sesuai dengan kulit juga menyumbangkan kepada terjadinya jeragat dan jerawat. Sekiranya jerawat dan jeragat yang dialami teruk, CT cadangkan dapatkan nasihat pakar kulit atau dermatologist supaya jeragat dan jerawat yang dialami dapat dirawat dengan sebaiknya.
Lot's of love,


0 comments:

Post a Comment