Monday, 26 March 2018

Jom amalkan gaya hidup sihat

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh


Amalan gaya hidup yang sihat memang disarankan buat semua orang. Gaya hidup sihat meliputi pemakanan dan juga penjagaan kesihatan mental dan juga fizikal. Namun ramai juga yang mengabaikan gaya hidup sihat. Bila penyakit datang, barulah nak mulakan gaya hidup sihat. Alangkah ruginya. Oleh itu, jom amalkan gaya hidup sihat. Bak kata orang, mencegah lebih baik daripada mengubati. 

Kenapa perlunya gaya hidup sihat?

Gaya hidup sihat memang sangat-sangat perlu sebab bila kita amalkan gaya hidup sihat, tahap kesihatan kita akan meningkat dan bertambah baik. Kita juga mengurangkan risiko menghidapi penyakit diabetes, serangan jantung, serangan strok (angin ahmar), tekanan darah tinggi dan juga kanser. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, kita akan lebih berstamina, produktif, berpenampilan menarik dan juga berasa lebih baik dan selesa.

Amalan gaya hidup sihat merangkumi :

Makan secara sihat 

Makan secara sihat dengan memilih makanan harian berdasarkan piramid makanan. Makan mengikut waktu makan yang teratur iaitu tiga waktu makan utama - sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Disarankan juga untuk makan makanan yang rendah gula, garam dan juga lemak. Digalakkan untuk mengambil lebih sayur-sayuran dan juga buah-buahan.

Elakkan perbuatan yang menjejaskan kesihatan

Elak dan jauhkan diri daripada perbuatan yang menjejaskan kesihatan seperti merokok, minum arak dan juga menyalahgunakan dadah. Merokok bukan hanya menjejaskan kesihatan diri perokok sendiri, malah menjejaskan juga kesihatan orang yang berada di sekeliling perokok terbabit. Merokok boleh menyebabkan seseorang menghidap penyakit paru-paru dan juga jantung. Minum arak dan juga menyalahgunakan dadah pula boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman dan juga masalah sosial dalam masyarakat.

Menjaga kebersihan dan persekitaran

Penjagaan kebersihan dan kawasan persekitaran tempat tinggal dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk dan juga membuang sampah di tempat yang telah disediakan dapat memberikan nikmat kehidupan yang aman buat penghuni tempat tinggal tersebut. Aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran tempat tinggal dapat mengeratkan silaturahim antara jiran tetangga dan juga dapat menyihatkan tubuh badan.

Bersenam dan beriadah

Amalan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman dan riadah dapat mengurangkan risiko penyakit darah tinggi, jantung, diabetes dan sakit sendi. Selain itu, sisa toksik dapat dikelurkan melalui peluh kita. Pilih aktiviti bersenam dan beriadah sesuai dengan umur dan tahap kemampuan badan kita. 

Membuat pemeriksaan kesihatan

Kita digalakkan membuat pemeriksaan secara berkala dua kali setahun untuk mengetahui tahap kesihatan semasa kita dan juga dapat mengambil langkah tertentu bagi memastikan tahap kesihatan kita berada dalam keadaan yang baik. 

Tangani stress dengan baik

Stress memang dihadapi oleh setiap orang tidak kira samada di rumah, di sekolah mahupun di tempat kerja. Stress yang keterlaluan dan berpanjangan dapat menjejaskan kesihatan tubuh badan kita. Tangani stress yang dialami dengan belajar bertenang dan berfikiran positif. Cuba dapatkan rehat dan tidur yang cukup untuk mengelakkan stress yang keterlaluan. Dapatkan teman untuk meluahkan rasa agar tidak menjadi stress dalam diri yang boleh mengakibatkan kemurungan. Apabila berlaku kesilapan, elakkan menyalahkan orang lain serta belajar untuk menyukai diri sendiri.

Amalan gaya hidup sangat digalakkan pada setiap orang. Banyak kebaikan yang diperoleh apabila mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya memiliki badan yamg sihat, minda yang cergas,  berpenampilan menarik, berkeyakinan tinggi, dan pelbagai lagi. Jom beralih ke amalan gaya hidup sihat. 

Lot's of love,
www.manggastrawberi.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment