Assalamualaikum. Hi.
Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar sifu MD dan juga pembantunya MIA, maka lahirlah blog mangga strawberi ni. Jenuh juga CT fikir nama blog ini.
Opst, lupa pula CT nak kenalkan diri CT. Nama yang diberi oleh kedua ibubapa CT ialah Siti Aminah binti A Wahab. Boleh panggil CT saja. Pada masa entri ni ditaip, CT berumur 36 tahun. CT sudah berkahwin dan Alhamdulillah, CT dipinjamkan Allah sepasang cahaya mata, lelaki berumur 6 tahun dan perempuan 3 tahun.
CT mula sertai keluarga besar Shaklee pada bulan May 2017. CT berada di dalam keluarga Humaira Rich Group (HRG) yang diketuai oleh Azzah Zakaria, kemudian atasnya lagi ialah keluarga ARG, leadernya Isyida Syahidah; seterusya keluarga MRG dengan leadernya Mak Teh Ita Athirah dan seterusnya keluarga RYG iaitu leadernya Hasifah ataupun Kak Cip. Sebenarnya ada lagi atas-atas lagi tapi nanti boring pulak, ye tak?
Kenapa CT pilih Shaklee?
CT kenal dengan Shaklee pada tahun 2003 tapi pada masa tu CT cuma ambil supplement Vitamin B Complex sebab masa tu CT sedang belajar. Rakan sebilik Kak Long pada masa tu ada sertai keluarga Shaklee ni dan pernah juga sekali CT ke Branch JB sertai kursus di sana. Tapi pada masa tu, hati CT belum terbuka lagi nak sertai keluarga besar Shaklee sebab CT berpegang untuk tidak ada apa-apa komitmen semasa belajar.
Pada tahun 2017, adik CT sertai Shaklee dan belikan mak CT supplement Ostematrix. Alhamdulillah, mak CT yang selalu sakit lutut sebelum ni, dah tak sakit lutut lagi. Kebetulan CT perlu berhenti bekerja untuk jaga anak CT yang kurang sihat dan CT nampak Shaklee dapat bantu CT dalam menjaga kesihatan orang yang CT sayang selain dapat bantu CT dalam jana pendapatan daripada rumah, tu yang CT join Shaklee tu.
Alhamdulillah, CT bersyukur sangat berada dalam keluarga Shaklee yang rajin berikan input dan maklumat serta berikan kelas-kelas yang sangat-sangat diperlukan. Boleh dikatakan setiap malam juga la ada kelas samada kat Whatsapp ke, Telegram ke mahupun kat Facebook.
Sahabat semua boleh jumpa dan dapatkan update cerita CT yang terkini bukan saja di blog mangga strawberi ni je tau, tapi ada beberapa media sosial lain iaitu :
Facebook page : mangga strawberi
Twitter : manggastrawberi
Instagram : mangga.strawberi
Youtube : manggastrawberi
Alhamdulillah, CT bersyukur sangat berada dalam keluarga Shaklee yang rajin berikan input dan maklumat serta berikan kelas-kelas yang sangat-sangat diperlukan. Boleh dikatakan setiap malam juga la ada kelas samada kat Whatsapp ke, Telegram ke mahupun kat Facebook.
Sahabat semua boleh jumpa dan dapatkan update cerita CT yang terkini bukan saja di blog mangga strawberi ni je tau, tapi ada beberapa media sosial lain iaitu :
Facebook page : mangga strawberi
Twitter : manggastrawberi
Instagram : mangga.strawberi
Youtube : manggastrawberi
0 comments:
Post a Comment