Thursday, 22 February 2018

Cara mengatasi bau badan

Assalamualaikum. Hi.

Dalam cuaca panas sekarang ini, badan kita memang mudah sangat berpeluh terutama apabila kerap berada di luar. Ada ketikanya orang sekeliling kita cuba kelihatan kurang selesa dan cuba menjauhkan diri daripada kita disebabkan faktor bau badan kita, sekaligus menimbulkan rasa kurang yakin, malu dan tertekan untuk berhadapan dengan sesiapa. Masalah bau badan yang dialami oleh kebanyakan orang dikatakan berlaku atas beberapa faktor, antaranya ialah tindakan bakteria, perlepasan toksin yang berada di dalam badan, pengambilan minuman berkafein dan makanan berempah secara berlebihan, mahupun faktor kesihatan ataupun genetik.

cara mengatasi bau badan | Mangga Strawberi 

Namun begitu, masalah bau badan boleh diatasi dengan beberapa pendekatan, termasuklah kaedah tradisional yang perlu dipraktikkan secara konsisten. Antaranya :
  • Utamakan kebersihan tubuh badan dengan mandi secara lebih kerap, sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan menggunakan sabun yang sesuai. Gunakan 'deodorant anti-perspirant' yang mengandungi bahan antiseptik serta semburkan wangian badan sebelum keluar rumah.
  • Disyorkan memilih pakaian yang diperbuat daripada fabrik kapas serta pakaian longgar untuk mengurangkan rembesan peluh badan.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang boleh menyebabkan bau badan, antaranya ialah makanan yang mengandungi bawang putih, daging, rempah, kopi dan kekacang.
  • Cara tradisional yang dikatakan berkesan untuk mengatasi masalah bau badan ialah dengan menggosokkan hampas kelapa ke seluruh badan selama 45 minit terutama di kawasan yang mudah berpeluh, biarkan selama 30 minit dan bilas. Hampas kelapa juga boleh digantikan dengan hampas teh dengan menggosokkannya ke seluruh badan selama 15 minit. Digalakkan melakukannya tiga kali seminggu.
  • Selain hampas kelapa dan teh, petua tradisional lain yang harus dicuba ialah kupas sebiji timun muda dan basuh bersih. Gosokkan pada bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali selepas mandi.
  • Selain itu, potongkan limau kasturi, ambil air dan campurkan air dan limau kasturi tersebut bersama-sama dengan kapur sirih. Sapukan ke seluruh badan. Manakala kulit limau tadi digosok ke seluruh badan, kemudian bilas.
  • Amalan meminum air rebusan sirih dikatakan mampu menghindarkan daripada terjadinya bau badan. Caranya dengan setiap pagi mengambil 20-30 helai daun sirih, bersihkan dan rebuskan dengan beberapa gelas air sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan minum setengah gelas untuk tiga kali seminggu.
  • Amalkan minum air kosong sebanyak tiga liter sehari untuk menyingkirkan bahan toksik daripada badan yang dikatakan sebagai penyebab bau badan.
Semoga panduan yang diberikan ini mampu menghilangkan masalah bau badan dan membuatkan orang sekeliling kita senang untuk mendekati kita serta mampu meningkatkan keyakinan diri kita dan semangat untuk menjalani aktitiviti di luar rumah.

Walaubagaimanapun, sekiranya masalah bau badan masih terjadi, dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan masalah kesihatan untuk mengatasinya.


Lot's of love,

0 comments:

Post a Comment