بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalamualaikum. Hi.
Selain sedap dimakan begitu saja ataupun dimasukkan dalam hidangan makanan, buah tomato juga digunakan sebagai salah satu bahan kecantikan. Terapi wajah dengan buah tomato sangat berbaloi sebab harganya yang tidak mahal dan mudah didapati setiap masa. Buah tomato yang berwarna merah ini kaya dengan Vitamin A dan C yang mana vitamin ini terkenal sebagai salah satu vitamin kecantikan kulit. Kandungan likopena, iaitu agen antioksidan yang sangat berguna untuk melawan radikal bebas akibat daripada asap kenderaan, asap rokok dan juga bahan berbahaya yang masuk ke dalam tubuh. Kajian juga mendapati likopena berperanan aktif membantu mencegah kerosakan sel penyebab penyakit kanser seperti kanser mulut, prostat dan juga kanser rahim. Gel yang berada di luar biji kecil buah tomato dikatakan berkhasiat mencegah pembekuan darah yang boleh menyebabkan penyakit jantung dan strok.
Kita sudah tahu sedikit sebanyak tentang buah tomato yang kaya dengan pelbagai khasiat. Jom kita lakukan terapi wajah dengan buah tomato. Caranya dengan :
- Untuk mendapatkan nutrisi dan khasiat mineral seperti kalsium, Vitamin A, Vitamin C, flavonoid, Vitamin B kompleks, tiamin, folat dan juga niacin, anjurkan untuk dimakan buah tomato begitu sahaja kerana kandungan khasiatnya masih terpelihara.
- Bagi merawat masalah liang roma terbuka, campurkan empat sudu jus tomato dengan satu sudu air dan disapukan ke seluruh wajah dengan menggunakan bola kapas. Biarkan selama 15 minit dan bolehlah dicuci.
- Untuk menyerikan wajah pula, gosokkan hirisan tomato pada kulit wajah sehingga jus dapat menyerap masuk ke dalam kulit wajah. Dikatakan selain menyerikan wajah, ianya juga boleh membantu meratakan warna kulit wajah dan menjadikan kulit wajah kelihatan lebih segar dan sihat.
- Biji tomato dikatakan berkhasiat melawan masalah penuaan pramating dengan cara menyapukan tomato kisar ke kulit wajah sebelum tidur dan hanya basuh pada keesokan paginya.
- Buah tomato boleh merawat jerawat dan ruam panas dengan sama ada hirisan buah tomato ataupun isi buah tomato disapukan terus ke kulit wajah dan dibiarkan kira-kira satu jam sebelum dicuci. Sapuan secara konsisten mampu memberikan kesan ketara kepada kulit wajah yang bermasalah tersebut.
- Sapuan buah tomato pada kulit juga mampu membantu mencerahkan kulit secara semulajadi tanpa penggunaan bahan kimia yang berbahaya.
- Campuran jus buah tomato dan madu boleh melembapkan kulit, menjadikan kulit lebih lembut, bermaya dan berseri-seri.
- Untuk menyingkirkan sel kulit mati, jus tomato disapu dan digosokkan menggunakan tangan dengan cara membulat. Kulit akan kelihatan lebih gebu dan cerah secara semulajadi.
Begitu banyak khasiat buah tomato tanpa kita ketahui. Semestinya buah tomato lebih menjimatkan dan mudah diperolehi selain ianya merupakan salah satu bahan masakan yang penting. Penggunaan secara konsisten akan membuahkan hasil yang menakjubkan secara semulajadi.
Jom terapi wajah dengan buah tomato!