Tuesday, 17 April 2018

Persediaan berpuasa bagi ibu menyusu

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Persediaan berpuasa bagi ibu menyusu | Mangga Strawberi

Sedar tak sedar tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi kita akan mula berpuasa Ramadhan. Bagaimana persediaan berpuasa Ramadhan semua? Sudah menggantikan puasa tahun yang lalu? Bagi ibu menyusu, sudah bersediakah untuk menghadapi puasa Ramadhan? Ada dikalangan ibu menyusu berasa gusar untuk menghadapi puasa Ramadhan kerana bimbang tidak dapat melaksanakannya dan juga bimbang penghasilan susu badan merundum.

MS sendiri pernah melalui tempoh penyusuan dalam bulan Ramadhan sewaktu masih bekerja suatu masa dahulu. Memang terasa mencabar dengan rasa lapar dan dahaga. Ada ketika MS terasa juga ingin berbuka puasa. Tapi bila mengenangkan mereka yang lagi susah daripada MS membuatkan MS membatalkan hasrat untuk berbuka puasa.

Ada terdapat pelbagai cara dan petua persediaan berpuasa Ramadhan terutama bagi ibu menyusu. Antara yang diamalkan oleh MS ialah :

Banyakkan Minum Air

Banyakkan minum air sewaktu bersahur dan berbuka puasa untuk mengembalikan air dalam badan yang hilang di siang hari. Kekurangan air dalam badan memang mempengaruhi penghasilan susu badan.

Makan Kurma

Kurma dikatakan mampu memberikan tenaga segera dan juga berpanjangan kepada mereka yang memakannya. Tambahan pula, kurma merupakan makanan sunnah yang sangat-sangat dianjurkan pengambilannya sewaktu bersahur dan berbuka puasa.

Buat stok susu ibu

Sementara masih ada masa berbaki lebih kurang sebulan ini, cuba buat stok susu ibu untuk bayi sebanyak yang mungkin untuk menghadapi puasa Ramadhan kerana dibimbangi stok susu akan berkurang. MS sendiri suka buat stok yang banyak untuk mengelakkan stok kurang di masa akan datang sebab kita sendiri tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku di masa akan datang.

Makan makanan yang berkhasiat

Makan makanan yang berkhasiat terutama pada waktu bersahur untuk memastikan tenaga yang berpanjangan sepanjang berpuasa di siang hari. Selain makan kurma, MS sendiri akan mengambil nasi dan lauk pauk dalam kuantiti yang sihat untuk memastikan MS kekal bertenaga dan cergas sehingga waktu berbuka puasa.

Berdoa memohon pertolongan Allah

Selain usaha kita, jangan sesekali lupa untuk berdoa memohon pertolongan Allah kerana doa itu senjata orang mukmin. Tanpa pertolongan Allah, sekuat mana jua kita usaha, ianya tidak akan menjadi dan berjaya. Berdoa kepada Allah semoga dimurahkan rezeki susu badan kita buat anak kita dan juga semoga urusan kita dipermudahkan sepanjang penyusuan susu badan kita.

Pastikan milk booster

Setiap badan berbeza milk booster nya. Pastikan makanan yang menjadi milk booster buat anda dalam menghadapi kerunduman susu badan yang bakal berlaku sewaktu berpuasa Ramadhan. Bagi diri MS sendiri, MS kenalpasti ESP merupakan milk booster badan MS sebab MS pernah buat ujian pada badan MS sendiri sewaktu MS mengambil ESP dan sekiranya MS tidak mengambil ESP. Memang berbeza. 

Persediaan berpuasa bagi ibu menyusu | Mangga Strawberi

Sewaktu MS mengambil ESP, terasa badan bertenaga dan susu badan MS memang meriah. Kadang sekiranya MS terlewat sedikit untuk mengepam sewaktu bekerja dahulu, mulalah terasa ianya mula berketul dan berdenyut. Berbeza sewaktu MS tidak mengambil ESP, terasa badan mudah terasa penat dan susu badan MS kurang meriah. Kadangkala rasa tidak sabar untuk berbuka puasa. 

Sepanjang April 2018 ini, Shaklee menawarkan harga promosi ESP yang sangat berbaloi untuk dimiliki. Jom bersedia untuk berpuasa Ramadhan dengan harga promosi ESP ini. Promosi terhad sehingga hujung bulan April 2018 dan sehingga stok masih ada. Whatsapp MS di 011 1162 8521 atau di klik link ini http://www.wasap.my/601111628521/

Persediaan berpuasa bagi ibu menyusu | Mangga Strawberi



Lot's of love,
Continue Reading

Wednesday, 4 April 2018

Mitos Kacang Soya

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Mitos Kacang Soya | Mangga Strawberi

Rasa macam CT nak bercerita cerita legenda dahulu kala pula bila CT nak cerita Mitos Kacang Soya ni. Jangan tak tahu, kacang soya pun ada mitosnya tersendiri yang mungkin ada diantara kita yang tidak tahu, mahupun tidak peduli. Kita perlu ambil tahu tentang mitos kacang soya ni sebab ada beberapa fakta yang mungkin telah menjadi salah faham di dalam diri kita selama ini. 

Tidak dinafikan, kacang soya banyak digunakan dalam bentuk susu, kicap, tauhu, tempe dan sebagainya disebabkan kandungan protein yang berkualiti tinggi serta vitamin, mineral dan serat yang terkandung di dalamnya. Soya juga dikatakan sumber protein yang lengkap kerana mengandungi semua asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Soya juga mengandungi asid lemak omega 3 dan omega 6 serta soya tidak mengandungi kolesterol dan mengandungi sangat sedikit kandungan lemak tepu berbanding daging. Soya dikatakan dapat membantu mengurangkan penyakit jantung koronari, osteoporosis dan juga beberapa jenis kanser, dan terdapat beberapa bukti klinikal menyokong kenyataan ini.

Mitos 1 : Semua produk kacang soya adalah terhasil daripada organisma yang telah diubahsuai secara genetik (GMO, Genetically Modified Organisms)

Tidak dinafikan ada kacang soya yang terhasil daripada GMO yang bertujuan untuk menjadikan pokok kacang soya lebih kebal terhadap racun serangga dan racun rumpai, namun masih terdapat kacang soya yang tidak melalui proses GMO. Ini dapat dilihat pada label produk atau makanan tersebut samada ianya 'Organik' ataupun 'made from non-GMO soybean (diperbuat daripada kacang soya non-GMO)'.

Perbezaan GMO dan non-GMO.

Mitos 2 : Kacang soya meningkatkan risiko barah payudara

Mungkin kenyataan ini agak menakutkan bagi orang perempuan tapi nanti dulu, baca selanjutnya dahulu.

Kacang soya mahupun produk makanan berasaskan soya kaya dengan fitoestrogen iaitu bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri hormon estrogen tetapi diambil daripada tumbuhan. Disebabkan keistimewaan fitoestrogen, para saintis telah manfaat mahupun mudarat kepada manusia termasuklah daripada sudut pencegahan penyakit dan juga kesan terhadap penyakit lain. 

Mengenai manfaat pengambilan fitoestrogen oleh orang yang normal, kajian menunjukkan terdapat kemungkinan pengambilan kacang soya mengurangkan risiko kanser prostat dan perut (bukti tidak cukup kuat). Kadar kematian akibat kanser prostat dan kanser payudara di kalangan orang Asia didapati lebih rendah, berkemungkinan pengambilan produk soya adalah tinggi. Walaubagaimanapun, disebabkan bukti yang tidak cukup kuat, pertubuhan kanser dunia tidak mengesyorkan pengambilan supplemen yang mengandungi protein soya yang telah diasingkan dan kapsul isoflavone untuk lelaki dan wanita yang sihat untuk mencegah kanser.
Mengenai pengambilan fitoestrogen oleh orang yang menghidap kanser, kajian banyak dilakukan terhadap penghidap kanser payudara dan didapati keputusan adalah bercanggah. Namun ada kajian menunjukkan tiada kesan negatif terhadap pesakit kanser payudara apabila diambil dalam kadar sederhana. 
Jadi, dapatlah dikatakan pengambilan makanan berasaskan soya dan lain-lain sumber fitoestrogen dalam keadaan semulajadi tidak memudaratkan, malah memberikan manfaat kesihatan selagimana ianya diambil dalam kuantiti sederhana dan yang disyorkan. 
Sebenarnya, fitoestrogen boleh ditemui di dalam tumbuhan dan makan yang lain, tidak terhad hanya terdapat di dalam kacang soya sahaja. Para saintis mendapati terdapat banyak jenis fitoestrogen dan setiap satunya mempunyai ciri-ciri yang berbeza serta ada kalanya bertentangan di antara satu sama lain mengikut keadaan. Misalnya fitoestrogen berkemungkinan dapat mengurangkan risiko kanser prostat dan usus, mengurangkan gejala menopaus, mengurangkan risiko penyakit osteoporosis dan ada yang mendakwa boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
Kandungan fitoestrogen di dalam beberapa jenis makanan :
Mitos Kacang Soya | Mangga Strawberi

Mitos 3 : Kandungan fitoestrogen di dalam kacang soya merencat fungsi kelenjar tiroid

Kalenjar tiroid adalah kalenjar yang terletak di bahagian bawah leher dan menghasilkan hormon tiroksin yang penting di dalam metabolisma darah. Hormon tiroksin sintetik diambil oleh individu yang mengalami masalah hormon tiroksin yang rendah yang dikenali sebagai hypotiroidisma. 

Terdapat dakwaan yang mengatakan kacang soya menggangu fungsi kalenjar tiroid dan merencat penyerapan hormon tiroid sintetik. Walaupun tiada kajian besar yang berwibawa dilakukan untuk menyangkal dakwaan ini, didapati hanya peratusan kecil pesakit yang mengalami gejala klinikal hypotiroid apabila mengambil produk makanan mengandungi soya. 

Sebenarnya tiada halangan untuk pesakit hypotiroid untuk mengambil makanan berasaskan soya, asalkan mereka mengambil ubat tiroksin dan iodin yang mencukupi dan tetap serta disyorkan untuk menunggu selama 4 jam selepas mengambil ubat tiroksin sebelum mengambil makanan tersebut. Bagi individu normal, kacang soya tidak mengganggu fungsi kalenjar tiroid.
Mitos 4 : Soya boleh menyebabkan lelaki memiliki ciri-ciri keperempuanan

Walaupun kacang soya mengandungi fitoestrogen, ini tidaklah bermakna seorang lelaki itu memiliki ciri-ciri keperempuanan seperti memiliki buah dada yang besar, suara bertukar menjadi lembut dan sebagainya kerana kandungannya rendah serta tindak balasnya jauh lebih rendah daripada tindak balas estrogen yang dihasilkan oleh tubuh manusia. Kesan gangguan hormon ini mungkin dapat dikesan jika soya mahupun supplemen fitoestrogen diambil secara berlebihan seperti meminum sehingga 3 liter air soya, walaupun ianya pernah dilaporkan namun kesannya akan hilang apabila individu tersebut berhenti mengambil air soya.
Sebenarnya, di dalam diri seorang lelaki yang normal memang terdapat hormon estrogen, iaitu apabila hormon lelaki, hormon testosterone dapat ditukarkan kepada hormon estrogen di tisu lemak. Tidak ada bukti pengambilan produk kacang soya secara sederhana menggangu peredaran hormon di dalam badan seorang lelaki, malah terdapat bukti yang menunjukkan pengambilan produk kacang soya secara sederhana dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan orang lelaki.
Mitos 5 : Susu formula berasaskan soya mengganggu pertumbuhan dan perkembangan reproduktif kanak-kanak

Di pasaran, terdapat susu formula yang berasaskan soya isoflavone yang mengandungi fitoestrogen yang seringkali diberikan kepada kanak-kanak yang mengalami alahan terhadap susu lembu. Terdapat kebimbangan bahawa fitoestrogen mengganggu pertumbuhan kanak-kanak dan perkembangan reproduktif kanak-kanak serta imuniti kanak-kanak. Setakat ini kebimbangan ini tidak berasas dan hanya berdasarkan teori semata-mata. Terdapat kajian yang disiarkan di Jurnal Pediatrics yang membandingkan perkembangan bayi yang diberikan susu formula berasaskan soya, berasaskan susu lembu dan susu ibu, mendapati tiada gangguan terhadap pertumbuhan bayi-bayi ini sehingga berumur satu tahun. Kajian terhadap wanita dan lelaki yang berumur 20 hingga 34 tahun yang pernah diberikan susu formula berasaskan soya mahupun berasaskan susu lembu mendapati tiada perbezaan daripada segi ketinggian, berat badan, usia akil baligh, kesihatan mahupun kesukaran untuk hamil.
Keseluruhannya, pengambulan makanan yang berasaskan soya secara sederhana tidak memberikan kemudaratan malahan terdapat bukti ianya dapat mengurangkan risiko kanser, mengurangkan gejala menopaus serta membaiki sistem salur darah wanita yang menopaus. Tiada bukti pengambilan produk makanan soya oleh individu normal mengganggu hormon lelaki, hormon estrogan, mengganggu fungsi tiroid dan menyebabkan terjadinya kanser. Pengambilan susu formula yang berasaskan soya oleh bayi dan kanak-kanak juga tidak menunjukkan kesan negatif kepada pertumbuhan fizikal serta fungsi reproduktif bayi dan kanak-kanak. 
Walau apa jua makanan yang diambil, seeloknya ianya diambil dalam keadaan sederhana dan sepertimana yang disyorkan kerana apa makanan sekalipun, jika ianya diambil secara berlebihan, memberikan kesan buruk kepada tubuh badan manusia itu sendiri. 

Rujukan :
1. http://www.todaysdietitian.com/newarchives/040114p52.shtml
2. https://dribnusina.blogspot.my/2017/02/kacang-soya-mudarat-atau-manfaat.html


Lot's of love,
www.manggastrawberi.blogspot.com

Continue Reading

Beza GMO dan non-GMO

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Foto kredit : Google

GMO dan non-GMO, apa itu? Istilah apa pula kali ini? Jangan pening dan jangan susah hati. Kalau perasan, selalunya istilah GMO dan non-GMO ini digunakan dalam produk makanan dan kesihatan. Sebelum itu, mari CT terangkan tentang GMO terlebih dahulu supaya pemahaman kita selepas ini lebih jelas.

Apa itu GMO?

GMO bermaksud Genetically Modified Organisms (Organisma yang diubahsuai secara genetik) iaitu organisma hidup yang telah dimanipulasikan secara buatan di dalam makmal melalui kejuruteraan genetik. Ianya mewujudkan kombinasi gen haiwan, tumbuhan, bakteria dan virus yang tidak berlaku secara semulajadi. 

Kebanyakan produk GMO dicipta untuk menghalang kesan penggunaan secara langsung racun rumpai dan juga racun serangga. Walaubagaimanapun, teknologi terbaru digunakan sekarang untuk membina sifat lain di dalam tumbuhan seperti mengurangkan kesan buah epal menjadi coklat, dan juga mencipta organisma baru menggunakan kaedah biologi sintetik. Walaubagaimanapun, tiada bukti bagi mana-mana produk GMO yang sedang berada di pasaran sekarang menawarkan peningkatan penghasilan, peningkatan nutrisi mahupun apa-apa kesan kebaikan kepada pengguna.
Non-GMO pula ialah Non-Genetically Modified Organisms (organisma yang tidak diubahsuai secara genetik).

Berdasarkan kepada industri GMO, terdapat banyak kebaikan, antaranya :
  • Mengurangkan penggunaan racun rumpai
  • Mengurangkan penggunaan racun serangga
  • Mengurangkan perlepasan gas rumah hijau sebab GMO kurang penggunaan membajak, jadi kurang menggunakan bahan api fosil
  • Kemampuan memanipulasi makanan untuk meningkatkan komponen yang diperlukan tertentu seperti nutrien
  • Meningkatkan produksi makanan untuk mereka yang mengalami kelaparan di negara dunia ketiga
Namun, GMO tetap mempunyai keburukan serta memberi kesan kepada manusia terutamanya, seperti :
  • Boleh mencetuskan reaksi alergik
  • Berkemungkinan boleh menyebabkan terjadinya penyakit baru yang dikhuatiri imun terhadap antibiotik
  • Menyebabkan masalah kandungan nutrisi dalam makanan
  • Berkemungkinan ianya toksik dan beracun kepada manusia
  • Cara produk bahan mentah makanan dicipta dibimbangi mengganggu DNA tumbuhan tersebut sehingga memberikan potensi yang berbahaya kepada manusia
  • Sekiranya ianya terlepas ke alam semulajadi, ianya tidak dapat ditarik atau diubahsuai semula
Produk GMO sebenarnya berbahaya dan tidak selamat kepada manusia sehinggakan ada lebih 60 buah negara di dunia termasuklah Australia, Jepun dan negara-negara dalam Kesatuan Eropah membuat sekatan kepada pengeluaran dan penjualan produk GMO.


Lot's of love,

Continue Reading

Monday, 2 April 2018

YOUTH mengembalikan keremajaan kulit wajah

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Perasankan anda yang ramai pihak mengatakan tentang YOUTH dan tahukan anda apakah itu YOUTH? Benarkah YOUTH dapat mengembalikan keremajaan kulit wajah?

YOUTH merupakan hasil penolakan dan penambahbaikan oleh saintis selama 8 tahun. Bukan satu jangka masa yang sekejap tu. Kalau ada anak, sudah berumur 8 tahun, bersamaan dengan murid Darjah Dua. Ini disebabkan CEO Shaklee, Roger Barnett mahukan set penjagaan kulit yang berasaskan tumbuh-tumbuhan, bebas daripada bahan kimia yang berbahaya dan juga tidak diuji pada kulit haiwan. Sesuatu yang agak susah untuk dihasilkan sebab kebanyakan produk kecantikan diuji keatas haiwan sebelum dipasarkan.

YOUTH terdiri daripada :
  • Luminous Gel Oil Cleanser
  • Perfecting Skin Toner
  • YOUTH Activating Serum
  • Age Defense Mineral Moisturizer SPF 50
  • Advance Renewal Night Cream
  • Radiance C + E
 
Sebelum dipasarkan, YOUTH telah diuji keatas 100 orang wanita Asia dan Caucasian (orang kulit putih) meliputi setiap 20 orang untuk setiap kategori umur 20an, 30an, 40an, 50an dan 60an. Ujian meliputi masalah kulit seperti kedutan, saiz pori, tona kulit, ketegangan kulit, pegmentasi atau jeragat dan pelbagai masalah kulit yang lain. Hasil ujian mendapati 100% sample yang diuji terbukti secara klinikal memiliki kulit yang kelihatan lebih muda, manakala 2/3 daripada keseluruhan sample mengalami perubahan kulit 10 tahun lebih muda daripada usia sebenar.



Jom kita tengok antara testimoni hasil penggunaan YOUTH :


Sememangnya YOUTH amat sesuai dengan semua peringkat umur dan juga semua jenis kulit wajah. Sebab itu produk YOUTH sangat laris menjadi pilihan ramai wanita di luar sana.

Pembelian YOUTH daripada saya akan memperoleh harga pos PERCUMA dan juga khidmat konsultasi secara PERCUMA seumur hidup.

Untuk mendapatkan YOUTH, boleh whatsapp CT di 011 1162 8521 atau klik link ini → http://www.wasap.my/601111628521/

HARAP MAAF! DISEBABKAN PERMINTAAN YOUTH YANG TERLALU TINGGI, STOK YOUTH TELAH HABIS. SAYA AKAN UPDATE STOK YOUTH APABILA TELAH ADA SEMULA DI PASARAN. KESULITAN AMAT DIKESALI. SAYA MOHON MAAF SEKALI LAGI.


Lot's of love,
Continue Reading

Pengenalan Kacang Soya

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Pengenalan Kacang Soya | Mangga Strawberi

Kacang soya, siapa tak kenal? Rasanya semua kenal kacang soya. Tapi selalunya kita kenal air kacang soya, berbanding kacang soya mahupun pokok kacang soya itu sendiri. Betul tak? Sebab CT sendiri pun tak berapa kenal kacang soya dan juga pokok kacang soya. Hihi. Air kacang soya yang berwarna putih susu banyak dijual di kedai-kedai, baik kedai runcit mahupun pasaraya besar. Air kacang soya lebih sedap diminum dingin. Erm, rasa teringin pula air kacang soya. Hihi
Ok, jom join CT cerita sikit berkaitan kacang soya ni.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kacang_soya
Foto kredit : wikipedia

Kacang soya sebenarnya berasal daripada Asia Timur tetapi pada masa sekarang, pengeluar utama adalah Amerika Syarikat iaitu sebanyak 55 peratus. Pokok kacang soya adalah tegak merimbun dan boleh mencapai tinggi sehingga 70 sentimeter. Pokok kacang soya yang matang akan mengeluarkan bunga berbentuk rama-rama yang berwarna ungu dan keluar di bawah ketiak daun antara 31 hingga 40 hari selepas ditanam. Penanaman kacang soya dikatakan mampu mengembalikan nitrogen dan mineral lain pada tanah.

Kacang soya dianggap sumber protein lengkap kerana mengandungi sejumlah besar asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia disebabkan ketidakupayaan tubuh manusia untuk menghasilkannya. Kacang soya boleh diproses dan menghasilkan pelbagai produk, antaranya tepung soya, tempe, soya lecithin, minyak sayuran, tauhu, dan pelbagai lagi. Kacang soya juga merupakan bahan utama dalam penghasilan kicap. Kacang soya juga dijadikan makanan haiwan bagi sesetengah negara seperti Amerika Syarikat. Selain itu, kacang soya juga digunakan dalam menghasilkan produk kosmetik, sabun dan produk pengilangan yang lain.

Disebabkan permintaan yang tinggi terhadap kacang soya, 80% daripada kacang soya yang ditanam untuk tujuan perdagangan telah diubahsuai secara genetik, GMO. Apabila permintaan produk kacang soya seperti tauhu dan air kacang soya meningkat, produk pengeluaran akan beralih daripada syarikat bukan GMO ataupun organik kepada syarikat besar yang membeli daripada pembekal makanan umum, menyebabkan harga kacang soya jatuh berbanding harga makanan lain seperti daging dan susu.

Terdapat beberapa kebimbangan dan juga kesan penggunaan produk yang berasaskan GMO, iaitu produk yang telah diubahsuai secara genetik ini. Entri seterusnya, CT akan ceritakan tentang GMO ini. Nantikan entri seterusnya ya. 


Lot's of love,
www.manggastrawberi.blogspot.com

Continue Reading